Mitos Dalam Kosmetik & Kecantikan


Terdapat lambakan produk kosmetik di terutama di pasaran maya kerana permintaannya yang tinggi dan pulangan lumayan kepada pengeluar produk serta pengamal kecantikan. Ada yang berbunyi sangat saintifik contohnya stem sel apple cider vinegar yang men. Di sini saya senaraikan mitos yang popular bagi produk kosmetik :

yebabkan ramai menjadi teruja tanpa mengetahui apa itu stem sel mahupun keberkesanan produk

Antara mitos yang popular bagi produk kosmetik adalah:

PRODUK STEM SEL

  • Untuk maklumat berkenaan stem sel, sila rujuk artikel stem sel yang saya coretkan.
  • Hanya boleh simpan lama di dalam cecair nitrogen suhu -198 darjah celcius.
  • Stem sel tumbuhan & haiwan tidak boleh diterima manusia. Kompem kena rejek.
  • Hasil sampingan stem sel tumbuhan & haiwan seperti growth factor dan cytokine boleh pakai.
  • Kesan positif mungkin daripada bahan sampingan yang lebih murah bukannya stem sel.

PRODUK PENCERAH MUKA

Produk pencuci muka yang mencerahkan: Ia tidak cukup masa untuk mencerahkan kulit anda kerana anda sudah bilas dengan air. Lagi gelap mungkin kalau kulit anda merengsa jika sensitif bahan produk.

Injek lagi cepat berbanding sapu: Tak semestinya. Banyak faktor perlu diambil kira seperti stress oksidatif tinggi boleh menggelapkan lagi kulit dengan suntikan vitamin C. Ketulenan bahan suntikan juga menjadi kebimbangan.

Lagi tinggi Hidroquinon(HQ) , lagi bagus: Paras “selamat” dari segi undang2 di bawah 4% di bawah preskripsi doktor. Ada produk palsu dan kandungan tersembunyi HQ sampai 10%. Berjaga-jaga ochronosis dan guttate hypomelanosis merupakan kesan sampingan hampir kekal.

Sedikit acid peel, tretinoin atau “collagen induction therapy” (CIT) dengan HQ mampu memberi kesan yang lebih baik untuk penyerapan HQ seterusnya meningkatkan pencerahan kulit.

PRODUK KOLAGEN

  1. Kolagen merupakan struktur protein yang penting di luar cell dan juga tisu menghubung.
  2. Kolagen yang tinggi pada kulit meningkatkan ketegangan dan keanjalan seterusnya meremajakan kulit.
  3. Kolagen Sapu : “Bagai Gajah Masuk Peti Sejuk”. Begitulah molekul kolagen yang besar tidak boleh menembusi liang pori kulit.
  4. Kolagen makan: Kajian menunjukkan kesan berbeza2. Ada yang berkesan dan ada yang tidak. Kebanyakan kolagen akan dicerna asid perut menjadi amino asid bukannya dalam bentuk kolagen lagi.
  5. Kolagen suntikan bawah kulit: Berkesan tapi perlu pengulangan suntikan untuk kesan optima. Masalah utama ialah enzim collagenase akan menguraikan kolagen dari masa ke masa.
  6. Kolagen suntikan intravena : tiada bukti mencukupi tentang keberkesanan dan keselamatannya.

PILIHAN SAYA : Bahan-bahan yang meransang dan meningkatkan penghasilan kolagen juga berkesan contohnya serum vitamin C atau asid glycolic. Kalau ada bajet rawatan akan beri kesan drastic seperti Terapi CIT (microderm,microneedling,roller,Intense pulse light (IPL), laser FRCO2, radiofrequency dll. Terapi sel juga sangat berkesan bagi yang poket tebal dah nak pecah.

yebabkan ramai menjadi teruja tanpa mengetahui apa itu stem sel mahupun keberkesanan produk

PRODUK ASID HYALURONIK (HA)

HA merupakan karbohidrat complex yang “menarik& mengumpul air”. Kesannya tidak kekal.Ia sangat popular sebagai filler diberi sebagai suntikan bawah kulit. Antara jenama terkenal seperti Juvederm, Restylane, Teosyal dan Radiesse.HA sapuan (topical)merupakan satu lagi kes Gajah Peti Sejuk melainkan HA bermolekul rendah ataupun disertai bahan pengangkutan khas seperti peptide.

PILIHAN SAYA : Minum air banyak2 dan makan makanan padat nutrisi untuk kurangkan kedutan. Terapi CIT lebih berkesan untuk kesan yang lebih kekal. Kalau poket tebal……cell assisted lipotransplant heheh…

CUCI MUKA MENYIHATKAN KULIT DAN MENGURANGKAN JERAWAT.

Selalu mencuci muka akan mengurangkan minyak semulajadi kulit. Ia juga akan meransang pengeluaran lebih banyak minyak yang menyumbat pori meninggikan risiko jerawat. Pencuci muka kebiasaanya pH tinggi (alkali) dan boleh meneutralkan sistem pertahanan kulit yang pHnya sedikit berasid pH 4.5 ..sebaiknya pilih pencuci muka pH 4.5 atau pH5.5. Cuci muka menggunakan produk merengsakan seperti Sodium Laureth Sulfate (SLS) juga meningkatkan risiko radang kulit menyebabkan kulit menjadi merah kemudian gelap. Produk Salicylic acid 2-5% mampu mengurangkan kulit berminyak namun sesetengah orang yang mempunyai alergi pada salicylate boleh mendapat reaksi seperti bengkak , merah atau bernanah.

PILIHAN SAYA : Cuci muka sekali sekala. Lelaki malas sikit bab2 ni hehe. Pilihlah pencuci muka yang lembut pada kulit dan menghampiri pH asal kulit.

KRIM PELINDUNG MATAHARI

  • MITOS 1: Lebih tinggi sun protecting factor (SPF) lebih tinggi perlindungan daripada matahari.
  • Fakta: SPF15 memberi perlindungan matahari lebih kurang 87% manakala SPF30 95% SPF 50 98% …SPF yang lebih tinggi tidak lagi memberi kesan yang signifikan malah mungkin memberi iritasi kepada kulit.
  • MITOS2: Krim pelindung matahari perlu sehari sekali dua saja pemakaiannya pada waktu siang.
  • FAKTA : Banyak kajian menunjukkan krim pelindung matahari perlu dipakai setiap setengah jam hingga sejam sekali! Krim pelindung matahari juga perlu dipakai setiap kali kulit berpeluh atau kulit dibasuh dengan air.

PILIHAN SAYA : SPF 30 dah cukup setiap 2 jam sekali (terutama selepas rawatan muka). Cari yang ada sunscreen seperti Zinc oxide atau titanium dioxide( ada juga isu di sini). Elakkan yang mengandungi AVOBENZONE kerana bahan kimia ini akan hilang kesannya dari semasa ke semasa. Bahan kimia ini juga kerap memberi kerengsaan menyebabkan kulit lebih gelap.

Sekarang dah tak pakai sebab sy mendapati pengambilan antioksida tinggi dalam Redoxamin cepat membaiki kulit dan mencegah kulit gelap setiap kali keluar di tengah matahari terik. Saya juga merasa sayang memakainya kerana cahaya matahari meningkatkan penyerapan vitamin D.

yebabkan ramai menjadi teruja tanpa mengetahui apa itu stem sel mahupun keberkesanan produk

LIPOSUCTION.

MITOS: Buang Lemak untuk kurangkan berat badan tanpa perlu diet dan bersenam.

FAKTA : Buang lemak degil kawasan yang “terbonjol” dan sukar hilang walaupun dengan diet dan senaman.Nama lainnya liposculpting. Kalau melantak dan x bersenam juga sekejap saja lemak akan kumpul balik.

Itu saja setakat yang terfikir. Boleh la tanya2 setakat mana yang mampu jawab tapi ramai kawan-kawan sifu saya yang expert dalam aesthetic dan dermatologi boleh tolong jawabkan hehe. Kesimpulannya saya berpendapat kulit yang cantik dan sihat lahir dari pemakanan yang sihat, padat nutrisi dan sederhana serta aktiviti fizikal untuk meningkatkan status redoks badan anda.

Buang toksin logam berat dulu, baiki perut dan naikkan glutathione asli dalam badan. Dijamin chunnn! Insha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat