Panjat Gunung Memakai Kasut Tinggi??
Hidup ini adalah suatu pengembaraan. Dan betapa sayangnya jika kita hanya tinggal dalam zon selesa kita dan tidak mencuba sesuatu yang baru. Salah satunya seperti mendaki, melihat keindahan flora dan fauna yang disediakan di dunia ini.
Tetapi demi biasiswa, pelajar lelaki ini sanggup menyahut cabaran dengan mendaki gunung tertinggi di United Kingdom dengan memakai kasut tumit tinggi supaya lebih menonjol daripada pelajar-pelajar lain. Cabaran tersebut merupakan cara yang menyerlah untuk dia memohon biasiswa di Sekolah Seni Komunikasi di Brixton. Setiap pemohon diminta melakukan sesuatu yang bersemangat yang disukai mereka.
Mendaki pada ketinggian 1,345 meter di atas paras laut, Gunung Ben Nevis bukanlah gunung yang paling sukar didaki di dunia. Bagaimanapun, pencapaian seorang remaja boleh dibanggakan kerana mendaki sambil memakai kasut tumit tinggi setinggi lima inci, lebih-lebih lagi dia seorang lelaki.
“Saya perlu memikirkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan saya juga menyukai budaya ‘drag’. Jadi, saya gabungkan kedua-duanya untuk menyahut cabaran ini,” kata Conway kepada The Scotsman.
“Saya memilih Gunung Ben Nevis kerana ia yang paling besar. Saya fikir jika saya mahu meneruskannya, saya perlu melakukannya dengan lancar. Semuanya dilakukan secara spontan,” katanya.
Bagaimanapun, ia bukanlah pengalaman mendaki yang lancar buat remaja ini. Semasa separuh pendakiannya di Gunung Ben Nevis, salah satu daripada tali kasutnya putus, menyebabkan Conwat terpaksa melekat pita pada kasut bagi memastikan dia boleh terus mendaki.
Cuaca pada ketika itu juga kurang baik dengan hujan sepanjang masa, selain terpaksa mengharungi angin sekuat sehingga 80 kilometer (km) sejam.
“Saya tidak pernah mendaki gunung sebelum ini dan ia juga merupakan pertama kali saya memakai kasut tumit tinggi,” kata Conway.