Nilai Sebuah Kemerdekaan


Tarikh keramat bagi seluruh rakyat di negara ini ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh itulah kita menyambut Hari Kemerdekaan negara iaitu Hari Kebangsaan. Ia akan disambut dengan meriahnya tidak kiralah di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Keunikan negara ini ialah, dapat mengekalkan keadaan negara yang aman, damai dan harmoni walaupun terdapat tiga bangsa utama iaitu, Melayu, Cina dan India yang berlainan budaya, agama, adat resam serta bahasa. Ianya terhasil dari pembudayaan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain yang diterapkan oleh golongan terdahulu.

 

Pertahankan kemerdekaan negara kita

Banyak yang telah dikorbankan untuk mengecapi kemerdekaan ini,iaitu, korban wang ringgit, masa dan tenaga.

Jangan sampai ianya dijajah lagi, tidak kiralah penjajahan minda, fizikal mahupun sosial, jangan biarkan ianya berulang lagi.

Penjajahan sosial dan minda akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi penjajahan fizikal agak sukar untuk terjadi buat masa sekarang, jika dilihat pada situasi sekarang.

Kemerdekaan negara harus dipertahankan agar generasi akan datang dapat menikmati kedamaian dan pembangunan negara pada masa akan datang. Untuk memastikan perkara ini, rakyat haruslah mengekalkan perpaduan, menghayati sejarah negara dan juga penggunaan media sosial.

 

Jangan lupakan sejarah

Haruslah diingat juga bahawa sejarah memainkan peranan yang sangat penting kepada rakyat negara ini, bagi memberi gambaran kepada mereka keadaan negara sebelum dan juga selepas mencapai kemerdekaan.

Keadaan fizikal, sosial dan juga minda masyarakat sebelum negara merdeka dapat diterangkan melalui sejarah. Generasi muda akan lebih menghargai kemerdekaan jika ianya dapat dikekalkan.

Ini dapat menyedarkan mereka bahawa, kedamaian dan ketenteraman sekarang adala hasil daripada perjuang golongan terdahulu dan ianya bukan senang untuk diperolehi. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan golongan pejuang terdahulu haruslah dipuji dan disanjung.

Pada masa sekarang, kita haruslah bijak dalam penggunaan media sosial. Berita yang disampaikan dalam media sosial ini tidak semuanya betul dan tepat. Media sosial merupakan satu bentuk penjajahan masa kini yang mempunyai matlamat yang tersendiri.

 

Kesimpulannya, susah untuk digambarkan melalui kata-kata mahupun penulisan erti kemerdekaan dan perasaan tingginya nilai dalam kalangan mereka yang berjuang untuk kemerdekaan ini. Pertahankan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang untuk generasi masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat