Perkongsian Abd Hakim Awang D’Apple : Bagaimana Beliau Bangkit Dari Kejatuhan Teruk Dalam Perniagaan


Abd Hakim Awang, 35, berasal daripada Kelantan , mengusahakan perniagaan produk ‘chicken chop’ jenama D ‘Apple.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui pelbagai liku kehidupan sebelum bergelar pengeluar makanan sejuk beku bagi ‘chicken chop’ dan ‘lamb chop’.

Ikuti perkongsian beliau :

kenapa-nabi-berniaga-1

 

Apa Yang Telah Saya Lakukan Untuk Bangkit Dari Kejatuhan Teruk Sehingga Masih Mampu Bertahan Sehingga Hari Ini.

Saya telah beberapa kali jatuh. Jatuh teruk sehinggakan pernah hanya ada RM100 dengan overhead bulanan RM30k.

Di kesempatan ini saya ingin kongsikan apakah yang saya lakukan sewaktu menghadapi situasi kejatuhan itu sehinggalah saya mampu bangkit dan berjaya bertahan hingga ke saat ini. Saya tahu ramai sahabat yang sedang berduka lara terperosok di dalam lubang kesempitan dan masih belum berjaya keluar lagi sampai ke hari ni.

Harapan saya, perkongsian ini mampu memberi sedikit idea, bantuan dan motivasi bagaimana dan apa yang harus dilakukan jika kita berdepan dengan saat getir sebegini.
Apa yang saya lakukan?

1. MUHASABAH DIRI

Perkara pertama sekali apa yang saya lakukan adalah mengaudit balik diri sendiri. Apa yang betul dan apa yang tak betul pada diri ini yang menyebabkan kita gagal dan masih belum berjaya keluar dari kegagalan ini.

Perkara pertama adalah MEMBETULKAN NIAT. Saya kaji balik niat saya. Untuk apa saya berniaga. Adakah untuk menunjuk-nunjuk? Adakah untuk balas dendam sebab pernah diejek miskin? Atau sifat kita memang suka dilihat sebagai orang kaya? Saya betulkan balik niat.

Betulkan dan paksa diri ini berniat bahawa aku berniaga ini kerana nak dapat redha Allah, nak bantu diri dan keluarga, nak bantu orang ramai, nak menjadikan kita ni mampu bersedekah lebih banyak, nak bayar zakat banyak-banyak, ia adalah jihad ekonomi, nak bantu agama dan bangsa dan pelbagai lagi niat yang bukan berkepentingan peribadi. Saya akui memang sangat susah untuk selarikan niat dengan keikhlasan namun pada fasa pertama saya terpaksa memaksa diri sehinggalah hati yang dipaksa ini merelakannya..

Dan perkara kedua yang dilakukan dalam bab muhasabah diri adalah percubaan untuk menyucikan diri dari dosa dan noda melalui ISTIGHFAR. Saya memperbanyakkan istighfar lebih dari biasa. Beratus-ratus kali sehari.

2. PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Allah Pemberi Rezeki. Hanya Allah yang mampu mengeluarkan diri kita dari masalah ini, jadi mana mungkin kita mampu keluar dari kesengsaraan jika hubungan dengan Maha menentukan segalanya itu renggang? Bukan Allah yang perlukan kita, tapi kita yang perlukan Allah.

Apa yang saya buat untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta ini?

2.1 Jaga Solat

Berusaha untuk tidak tinggal solat, solat di awal waktu dan tambah kekhusyukan semasa bersolat

2.2 Perbanyakkan Bacaan Al-Quran

Cd di kereta, Install di hp. Baca quran setiap hari

lambchop_slide-new

2.3 Perbanyakkan Doa

Bila saya tahu saya dalam keadaan memerlukan, sudah tentu saya perlu berdoa sentiasa. Saya selalu berdoa setiap masa dan waktu supaya Allah keluarkan dari kemelut ini.

Bangun tidur, nak keluar rumah, nak masuk pejabat, nak jumpa sesiapa dan sebelum tidur nescaya saya paksa diri untuk berdoa.

Firman Allah : Dan mintalah kepadaKu, nescaya akanKu kabulkan..

2.4 Solat Hajat Setiap Hari

Saya amalkan tiada hari yang berlalu tanpa sekurang-kurangnya 2 rakaat solat hajat. Macam mana dalam keadaan segenting ini kita masih lagi berkira dengan solat hajat.

Jika ada hajat, mestilah solat hajat dan mintalah kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Menguasai tiap-tiap sesuatu. Bukan hanya menangis dan merintih sahaja tanpa buat sesuatu.

2.5 Solat Dhuha

Sudah menjadi kemestian di setiap pagi setiap hari

2.6 Solat Withir

Setiap malam tanpa ketinggalan sebelum tidur

2.7 Solat Tahajjud

2-3 kali sebulan pun Alhamdulillah dah. Kunci jam dan paksa bangun. Nak keluar dari musibah tapi nak menahan nafsu tidur untuk bangun bertahajjud pun tak nak, tak tahulah nak kata apa lagi..

2.8 Sedekah

Selepas satu masa saya sedar bahawa kita nak berjaya namun dalam masa yang sama sebenarnya kita masih belum cukup dalam usaha memberi. Jadi, jika nak berjaya bangkit, saya wajib kena cukupkan ‘point’ memberi yang mana saya rasa saya masih kurang dari segi itu.

Saya amalkan tiada hari yang berlalu tanpa sedekah. Macam mana saya buat. Saya ‘add favourite’ akaun anak yatim dan saya transfer secara online sedikit wang ke akaun mereka setiap hari. Selama bertahun-tahun. Selain dari itu, kami (suami isteri) dengan izin Allah selalu hulurkan sumbangan kepada masjid dan fakir miskin dan ia sudah menjadi tabiat kami walaupun ia bukannya dalam jumlah yang besar.

Jika ada hari yang saya kekurangan duit, saya akan gantikan sedekah saya dalam bentuk posting-posting benda positif dalam fb. Ia juga sedekah. Sedekah bukan hanya wang ringgit.

3. PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

Muliakan mereka. Sentiasa gembirakan hati mereka.Selalu bertanya khabar dan balik jumpa mereka. Selalu peluk cium mereka. Tidak kira sama ada ibu bapa kita orang berada atau tidak, sedekah yang utama adalah kepada mereka, barulah kepada orang lain. Minta ibu bapa kita mendoakan kita semoga kita dikeluarkan dari kesusahan ini dan berjaya bangkit dengan cemerlang.

4. KAJI SEBAB KEJATUHAN DAN SENARAIKAN APAKAH USAHA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BANGKIT

Saya mengambil beberapa masa dan tenangkan diri. Saya dan isteri duduk berbincang dan senaraikan satu persatu mengapa kami jatuh dan dalam masa yang sama senaraikan satu persatu apakah langkah dan strategi perlu kami lakukan untuk bangkit kembali.

Kami tahu bahawa langkah-langkah yang disenaraikan itu belum tentu kami mampu lakukan namun kami tetap buat langkah-langkah pemulihan tersebut satu persatu.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Contoh : Kami tetap buat permohonan pinjaman bank walaupun tahu tak akan lulus (rekod ccris kami tak baik) namun kami rasa ia lebih baik dari duduk saja.

Kami tahu Allah mahu tengok bagaimana kami berusaha dan sejauh mana ikhtiar dan usaha kami untuk keluar dari masalah ini.

Walaupun tahu tiada harapan, kami tetap mencuba juga. Dan dengan kuasa Allah, ada yang lulus walaupun sepatutnya tak lulus.

Jangan berhenti berusaha. Lakukan segala ikhtiar dan jangan duduk saja.

Kita akan keluar dari masalah bukan kerana kita sudah jumpa jalannya tapi ia adalah kerana kita tak berhenti berusaha tanpa putus asa maka atas sebab sikap tekun kita itu Allah akan bagi jalan penyelesaian dalam bentuk lain yang kita sesekali tak pernah sangka pun.

5. ISTIQAMAH DALAM USAHA – JANGAN PUTUS ASA

Kegagalan bukan alasan untuk ‘berhenti’. Jika penat, berhentilah rehat sejenak, bukan ‘quit!’

6. TINGKATKAN KEPERCAYAAN PADA DIRI DAN YAKIN BAHAWA KITA MAMPU KELUAR DARI MASALAH INI

Tanamkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri bahawa ‘ Kita mampu bangkit dan kita pasti akan bangkit menjadi lebih besar dari sebelum ini ‘. Tanpa keyakinan ini kita akan lesu.

7. CARI MENTOR YANG BETUL

Jika sebelum ini kita pasif dan pemalu, untuk bangkit kembali, dampingilah orang-orang yang sudah berjaya. Ambil ilmu mereka dan tanyakan mereka apa itu ‘ do and donts ‘
SerundingDaging_slide-new

8. JANGAN RATAPI KEGAGALAN

Terimalah hakikat bahawa inilah yang harga yang perlu kita bayar jika nak kaya dan berjaya. Ini memang laluannya dan tiada laluan lain selain daripada apa yang anda sedang hadapi sekarang. Anda wajib tempuhinya dalam perjalanan menuju kejayaan

9. LAKUKAN PROSES PENIALAIAN DIRI

Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Perkuatkan apa yang sudah kuat dan perbaiki apa yang lemah. Lakukan analisi SWOT untuk kenali diri sendiri dan bangkitlah dengan kekuatan baru yang telah diperkuatkan.

10. TANYA PENDAPAT ORANG LAIN

Cuba tanya pendapat kawan-kawan apa yang perlu kita perbaiki sebab banyak perkara yang kita tak nampak tapi orang lain nampak.

11. TULIS IMPIAN KITA ATAS KERTAS

Semasa saya bersedih, sambil mengelap air mata, saya ambil sehelai kertas dan sebatang pen. Saya mula menulis impian-impian saya. Semasa menulis, saya semakin yakin bahawa Allah sedang menimbangan impian saya kerana apa yang saya tulis itu sebenarnya satu doa yang tetap. Alhamdulillah satu persatu impian yang saya tulis dulu sudah menjadi kenyataan.

12. BANGITKAN MOTIVASI DALAMAN DENGAN MEMBACA KISAH KEJAYAAN JUTAWAN

Saya selalu membina balik semangat untuk bangkit dengan membaca kisah-kisah motivasi kejayaan manusia dalam dunia ni melalui internet, youtube dan juga dari buku -buku yang dibeli..

… Berhenti sejenak

**Mohon tuan puan ‘like & share’ atau tag kawan usahawan lain jika tuan puan rasakannya bermanfaat dan mampu bantu orang lain. Moga ia mampu membantu tuan puan dan orang lain bangkit dari kegagalan dengan usaha kongsi benda-benda baik dan sedekah ilmu sebegini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat