10 Tips Untuk Sukses Bisnes Sendiri


NOTA UTK YANG BERBISNES SEORANG DIRI
===================================

Apa kita perlu buat untuk keluar dari berbisnes seorang diri, kepada berbisnes bersama pasukan.

1. Apabila kita rekod duit keluar masuk dengan betul, pertamanya kita tahu cashflow bisnes kita. Hujung bulan, positif ke negatif?

2. Sekiranya selepas beberapa bulan kita dapati duit keluar masuk lebih kurang sama saja banyaknya, cashflow negatif tak sudah. Kita tahu ada sesuatu yang tak kena. Jadi kita boleh trace error dari pelbagai sudut : Advertising? Pricing? Follow up? Atau tangan sendiri yang membinasakan?

Ledger Book

3. Apabila kita mulai fix error yang hanya boleh kita kenal pasti menerusi rekod bookkeeping, baru la kita boleh berubah dari cashflow negtif kepada cashflow positif. Baru ada peluang nak grow keuntungan.

4. Apabila kantung duit syarikat bertambah besar, barulah kita ada modal untuk bayar gaji sendiri, dan hire staff.

5. Semasa kita 1 orang, kita boleh uruskan bookkeeping sendiri. Sale bukannya kencang mana. Kalau sale kencang masa seorang, maka something is wrong. Sepatutnya kita sudah hire staff. Ini fenomena sale meletup tiba-tiba la ni. Jika masih tak mahu buat sendiri, boleh upah orang lain buat bookkeeping.

6. Ada 2 sebab utama orang tak hire staff : A) Tak ada duit dalam kantung bank; B) Ada duit banyak tapi kedekut nak labur untuk besarkan bisnes. Untuk kes A, ini disebabkan dari poin no 1 dah bermasalah besar. Yang kes B, mindset kerja sendiri, bukan mindset business person.

7. Staff pertama yang boleh dilantik ialah staff Sale. BONUS jika staff Sale tu juga tip top marketing. Pengalaman cikgu kami, beliau lantik tiga staff pertama itu staff Sale.

8. Sale bawa duit ke dalam syarikat.

9. Kemudian hire Accountant syarikat.

10. Dan kemudian masalah-masalah lain pula akan muncul, tapi memadailah faham flow di atas ini untuk bermula.

JADI KELAS APA PATUT KITA JOIN?
===============
1) Untuk no 1, belajar Accounting. Kalau boleh, belajar sekali perihal Cukai.

2) Untuk no 2, belajar marketing, sale, kelas mengesan kebocoran duit dalam bisnes, dan segala macam kelas lain.

taxes-accounting-business

Kesilapan kita menggunakan kantung duit syarikat – kita spend duit syarikat hadir kelas yang tak perlu sangat. Tidak kritikal keperluannya pada saatu itu.

Kita boleh bayar 4 angka untuk kelas menaikkan semangat, dan gagal membayar seat untuk belajar pengurusan bisnes.

Pun tak boleh juga. Kena seimbang. Dahulukan pembelajaran ilmu yang kritikal. Untuk kelas semangat, ambil kelas-kelas basic. Memadai pada peringkat startup.

Semoga bermanfaat.

 

Tips untuk menjadi usahawan sukses:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat