Pacuan Empat Roda Terbabas & Terjunam Dalam Sungai, Warga Emas ‘Pergi’ Selamanya


Kemalangan yang membabitkan kehilangan nyawa bukan baru sahaja berlaku. Sudah sekian lama ianya berlaku dan banyak nyawa yang telah terkorban akibat kemalangan. Tidak kira sama ada kemalangan darat, laut ataupun udara.

Tidak kira sama ada tua, muda, kanak-kanak, dewasa mahupun orang kaya. Kemalangan ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Kalaupun kita sebagai pemandu sudah berhati-hati dalam memandu namun tetap ada juga pemandu lain yang cuai.

Belum termasuk lagi asbab diri sendiri yang tiba-tiba sakit ataupun mendapat serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan pasti mangsa tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan baik.

Pastinya ianya adalah satu kejadian yang amat mengejutkan bagi keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan. Lebih-lebih lagi jika orang tersayang itu pergi selamanya.

Pacuan Empat Roda Terbabas & Terjunam Dalam Sungai, Warga Emas ‘Pergi’ Selamanya

Seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama hari ini, 1 Disember 2022, seorang warga emas maut dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu kejadian, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh wanita warga emas itu terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Kampung Bukit Perpat, Wakaf Tapai, Marang hari ini.

DSP Mohd Zain Mat Aris, Ketua Polis Daerah Marang mengesahkan dan beliau menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.19 pagi. Mangsa yang dikenali dengan nama Zaiton Omar, 64 tahun tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan oleh orang kampung dari Toyota Hilux yang dipandu oleh arwah.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Pengkalan Berangan yang sampai di lokasi kejadian. Kemudiannya, arwah Zaiton Omar dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Anak arwah, Wan Rafiyuddin Wan Mohd, 33 tahun berkata, ibunya sudah biasa memandu ke kampung berkenaan bagi mendapatkan bekalan pisang dan ubi untuk berniaga. Sebelum ini, arwah berniaga pisang dan ubi goreng di gerainya di Gong Beris.

warga emas

“Arwah baru ambil pisang di rumah saya di Kampung Bukit Perpat. Kemudian saya dapat panggilan daripada nombor dia dalam pukul 11.05 pagi, tapi orang lain yang cakap beritahu kereta Hilux jatuh ke dalam sungai. Masa saya sampai di tempat kejadian, orang dah bawa keluar mayat mangsa. ”

Dalam masa yang sama, anaknya turut memberitahu bahawa rutin harian ibunya nembeli pisang, ubi dan cendawan seorang diri.

“Rutin dia setiap hari beli pisang, ubi, cendawan seorang diri tanpa ditemani suaminya. “, kata Wan Rafiyuddin kepada pemberita sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rafiyuddin turut memberitahu, ibu angkatnya berasal dari Kampung Lubuk Pandan dan mempunyai seorang anak perempuan yang bertugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Tak siapa sangka dan tak siapa duga. Kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Buat kita yang masih hidup ini, lakukanlah amal sebaik mungkin demi kebahagiaan hidup di dunia abadi nanti.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan tenang di sana.

Sumber: Bernama

Baca juga: Budak Dimakan Buaya, Ayah Bertarung Nyawa Selamatkan Anak Luka Di Badan & Kepala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat