Tips Memulakan Perniagaan Produk Sendiri Yang Wajib Korang Tahu


Pada zaman kini, ramai anak-anak muda yang ingin melakukan bisnes produk sendiri tanpa mengetahui sebarang tips memulakan perniagaan. Merek hanya main hentam je.Tetapi kerana kos sara hidup yang melambung tinggi dan peluang pekerjaan yang makin berkurang disektor kerajaan menjadikan keghairah anak-anak muda untuk membuka peluang pekerjaan sendiri semakin meningkat.

Memang tidak dinafikan pendapatan mereka yang menjalankan perniagaan lebih menguntungkan berbanding bekerja di sektor kerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta. Namun tidak semua perniagan menjadi sebagaimana yang kita impikan. Ada yang berhenti separuh jalan, ada yang bertahan lama. Sesebuah perniagaan yang bertahan lama bermula dengan perancangan yang rapi semasa memulakan perniagaan.

Apakah Tips Memulakan Perniagaan Produk Sendiri Dengan Modal RM10,000?

Berikut adalah cadangan bagaimana kita mahu pecahkan modal bagi yang menggunakan modal RM10,000 sebagai permulaan perniagaan:

* Jika modal RM5k / RM20k / RM50k atau RM100k sekalipun, cuba guna ratio percentage dibawah:

1. Premis = Rumah Sendiri – 0%
2. Mesin Dan Alatan = RM1000 atau 10%
3. Bahan Mentah = RM2000 – 20%
4. Packaging = RM500 – 5%
5. Alat Pemasaran = RM1000 – 10%
6. Iklan = RM2500 – 25%
7. Logistik = RM600 – 6%
8. Komunikasi = RM400 – 4%
9. Utiliti = RM200 – 2%
10. Sample produk = RM300 – 3%
11. Tunai di tangan = RM1500 – 15%

** Kaedah ini amat sesuai jika modal atau (cost of good sold) setiap produk tak melebihi RM5.00

** Ini adalah cadangan berdasarkan pengalaman penulis. Bukan suatu benda yang wajib diikuti.

1. Premis

  • Ambil satu ruang dalam rumah untuk proses produksi. Jadi anda dapat menjimatkan lagi kos sewa premis bagi anda yang baru memulakan perniagaan. Jangan nak nampak bergaya sewa premis yang mahal-mahal pada peringkat permulaan.

2. Mesin Dan Peralatan (RM1,000)

  • Pada peringkat permulaan, jangan habiskan lebih dari 10% dari modal awalan untuk mesin dan peralatan. Jika boleh buat manual, buat manual dulu.

3. Bahan Mentah (RM2,000)

  • Produk tidak perlu banyak pada peringkat permulaan. Yang kita mahu adalah berapa kerap produk itu dapat dipusing (rolling), bukan berapa banyak produk ini ada dalam stor. Peringkat pertama, jualan mesti TUNAI. Cadangan saya stok pertama tak perlu lebih 20% dari modal awal.

4. Packaging (RM500)

  • Packaging sangat-sangat penting. Keinginan pembeli untuk membeli pada fasa pertama adalah bergantung pada packaging produk tersebut. Cadangan saya 5% @ RM500 dari modal awalan adalah untuk PEMBANGUNAN packaging. Dari RM500 tu, ambil sebahagian dari bajet itu untuk upah designer buat design bagi packaging. Jika anda tidak pandai, serahkan pada designer buat design packaging anda. Bayar kepakaran mereka. Biasanya dalam RM50-RM100 untuk satu design.
  • Buat packaging cantik-cantik namun jangan pula melibatkan kos yang terlalu tinggi, lebih tinggi dari kos produk sebenar. Jangan pula mahal tali daripada lembu.

5. Alat Pemasaran (RM1,000)

  • 2 helai t-shirt korporat RM60
  • 1 box kad bisnes RM30
  • 1 set Sales Kit (katalog dan profile) RM20
  • 20 helai banting RM400
  • 1 helai banner RM150 (letak depan rumah)
  • 2,500 helai flyers RM340

6. Iklan (RM2,500)

  • Bab ni paling penting. Kebanyakan dari pengusaha kita pandai buat produk tapi tak pandai jual atau pasarkannya. Cadangan saya, buat iklan fb ads bajet RM30 sehari, perkenalkan produk, pilih women only dulu dan setkan hanya kawasan radius 30-40 km sekitar. Satu bulan = RM900 x 2 = RM1,800. RM30 sehari lagi set ads untuk jualan atau delivery.

* Bisnes pada peringkat permulaan ni memerlukan untuk kita buat penghantaran sendiri. Lagi rendah kos penghantaran lagi baik. Baki RM700 iklan standby untuk fb ads jika bajet RM1,800 kurang berkesan.

Tiada iklan, tiada jualan. Sekurang-kurangnya 25% dari jumlah keseluruhan modal awal mesti pergi kepada iklan untuk pengenalan dan jualan. Tiada jualan, tiadalah perniagaan kita. Sebab tu peruntukan kepada iklan adalah yang tertinggi.

7. Logistik (RM600)

  • Bajet RM600 atau RM20 sehari adalah untuk tampung kos delivery dan kos marketing (hantar stok ke outlet). Untuk cover kawasan beradius 30 km, kos logistik RM20 sehari sudah mencukupi.

8. Komunikasi (RM1,000)

  • Kos untuk topup dan data selama sebulan RM400. Baki RM600 untuk beli hand phone second hand dan satu nombor baru. Nak berbisnes, tidak digalakkan untuk campurkan no khas perniagaan dengan nombor peribadi. Banyak masalah akan timbul.

9. Utiliti (RM200)

  • Kos elektrik dan air untuk proses di rumah

10. Sampel Produk (RM300)

  • Sediakan bajet 3% untuk free sample kepada prospek yang punya peluang tinggi untuk jadi pelanggan tetap kita.

11. Tunai di tangan (RM1,500)

  • 15% stand by tunai untuk kegunaan tak terjangka.

Bagaimana nak laksanakannya

(Tempoh: Cadangan 3 bulan)

1. Siapkan produk dengan packaging yang menarik. Ambil gambar pelbagai sudut dengan hasil yang menarik dan menggiurkan. Jangan lupa buat Facebook Page khas untuk produk.

2. Siapkan produk dalam jumlah minima. Contoh, prepare stok dalam 150 – 200 unit (untuk consignment). Yang lain jual secara tunai.

3. Cari 10 outlet paling berpotensi. Letak produk secara consignment. Tinggalkan kad bisnes, flyer dan banting di 10 outlet tersebut. (Jika mampu jual secara tunai, lebih baik jualnya secara tunai. Saya cadangkan ‘consignment’ atas sebab:

  • Produk kita mereupakan produk baru.
  • Memudahkan produk tembusi outlet berkualiti jika letak dulu, bayar kemudian. Pada fasa ini, kita lebih memerlukan mereka (outlet) dari mereka memerlukan kita.

4. Cetak list nama 10 outlet tersebut pada kertas A5 (jimat sikit) dan fotostat (bersama info produk). Edar kepada pelanggan dalam radius 10km dari sekitar outlet.

5. Guna gambar produk yang seksi tadi dan iklan dalam facebook. Satu iklan untuk jualan dan satu iklan untuk perkenalkan list outlet yang kita letak produk secara consignment tadi. Buat fb ads.

6. Viral kan dalam wassap group juga.

7. Tengok pergerakan dan sambutan pelanggan di outlet dan facebook. Jual dengan harga paling seksi dan menarik. Fasa ni kita nak tahu feedback pelanggan berkenaan produk kita. Feedback pelanggan sangat mahal nilainya. ‘Survival’ kita bergantung kepadanya.

8. Jika ada feedback yang mewakili 50% dan ke atas (pelanggan yang telah mencuba produk kita) meminta melakukan perubahan pada produk, maka berusahalah untuk perbaikinya. Jangan syok sendiri.

9. Selepas kritikan berkurangan dan ‘repeat order’ semakin banyak, waktu inilah baru kita boleh bersedia untuk membuat ‘production’ lebih sedikit namun masih mengikut kapasiti atau keupayaan semasa.

10. Jangan terburu-buru untuk terus buat secara besar-besaran. Bermula dengan test market dulu. Tunggu hingga 70% pelanggan boleh terima produk kita dahulu.

11. Buat produk delivery. COD atau kurier. Proses ini kita akan peroleh hasil secara cash.

Perkenalkan Produk Anda 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun.

12. Kekalkan aliran tunai dengan jualan secara cash. Target untuk dapatkan balik modal RM1,000 yang kita peruntukkan untuk peralatan.

13. Kira overhead bulanan. Kira berapa kos operasi bulanan. Kira titik pulang modal berapa. Kira berapa jualan minima untuk cover kos overhead. Sasarkan jualan sekurang-kurangnya untuk capai titik pulang modal (break even point). Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa jualan. Untung sikit tak apa tapi jangan tak ada jualan atau untung langsung. Paksa diri untuk buat jualan setiap hari ‘no matter what’.

14. Jika dalam masa 6 bulan kita mampu bertahan dengan tidak rugi, ia masih satu pencapaian yang agak besar.

15. Mungkin dalam masa 6 bulan kita masih belum mampu menyimpan sebarang keuntungan namun apa yang kita dapat??

  • Pelanggan tahu apa kita buat dan apa yang kita jual.
  • Pelanggan tahu jenama kita.
  • Pelanggan tahu kaedah jualan kita.
  • Pelanggan tahu dimana nak dapatkan produk kita.
  • Pelanggan tahu manfaat produk kita.
  • Kita dapat satu bisnes yang ada potensi untuk berkembang.

16. Bisnes ni tuan puan. Rugi tu pasti, untungnya belum tentu lagi. Tapi jika kita faham bahawa ia memerlukan masa dan ilmu, untung akan datang jua selepas satu masa yang ditetapkan.

InsyaAllah. Semoga perkongsian sedikit tips memulakan perniagaan ini dapat membantu anda menjadi seorang yang berjaya dan seterusnya perniagaan anda semua mampu bersaing dengan produk-produk yang sudah lama bertapak di Malaysia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat