Penjara Paling Pelik di Dunia
Setiap negara pasti mempunyai penjara. Penjara ialah tempat pesalah menjalani hukuman kesalahan yang mereka lakukan. Hukuman penjara akan ditentukan oleh pihak mahkamah mengikut proses-proses tertentu. Sebut sahaja perkataan penjara, tiada apa yang menarik malah ia amat menyeksakan. Namun tidak semua penjara menyeksakan, terdapat beberapa penjara paling pelik di dunia.
1. Penjara Halden, Norway
Penjara paling pelik yang pertama adalah di Norway. Sebuah penjara mewah yang menempatkan banduan banduan yang ganas. Penjara ini diberi nama “Penjara paling berprikemanusiaan di dunia” kerana persekitarannya bukan seperti penjara. Penjara seperti hotel serta mempunyai fasiliti yang mencukupi seperti di luar luar penjara.
Walaupun dikelilingi dengan banduan pelbagai latarbelakang seperti pembunuh, pengganas serta perogol , pegawai penjara kebanyakannya tidak memiliki sebarang senjata. Banduan telah diwajibkan mengikut arahan dan menghadiri kelas kaunseling. Bagi mereka yang tidak berbuat demikian, mereka akan dihantar ke penjara biasa.
2. Association For Protection And Assistance to Convicts, Brazil
Secara ringkasnya dikenali sebagai APAC, Brazil. Penjara ini tidak seperti penjara lain kerana banduan dibenarkan ke mana mana sahaja termasuklah ke luar penjara. Hal ini kerana banduan ini bukan untuk dipenjara malah untuk membantu mereka melalui proses rehab.
Seperti penjara lain dimana ahli keluarga boleh datang penjara, malah berbeza banduan disini kerana mereka boleh keluar untuk pergi berjumpa keluarga selama 2 ataupun 3 hari sebelum kembali ke penjara.
3. Penjara Aranjuez, Spain
Sebuah penjara yang dibina khas untuk banduan yang berkeluarga. Ia dibina supaya banduan yang mempunyai anak masih boleh berhubung serta bersama dengan anak mereka. Banduan akan menerima bilik yang sudah terhias dengan perhiassan dan perabot untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga bebas untuk kemana mana kecuali pada waktu malam atas faktor keselamatan.
Malah ia tidak semua indah kerana apabila anak banduan berumur 3 tahun, mereka akan dipindahkan ke penjara biasa. Namun begitu ada banduan yang sengaja mengandung dan melahirkan anak disini semata mata mahu kekal dipenjara disini.
4. Penjara Baston, Norway
Penjara yang dikatakan mirip seperti sebuah destinasi pelancongan dan penjara ini digelar sebagai “Penjara Yang Paling cantik di dunia”. Banduan disini tinggal di dalam rumah dimana mereka mempunyai bilik masing masing, berkongsi dapur dan ruang tamu. Malah mereka turut mendapat duit elaun sebanyak $90 sebulan.
Hanya 5 pegawai penjara yang bertugas mengawal banduan yang terdiri terdiri daripada perompak, pembunuh perogol dan sebagainya. Statistik menunjukkan hanya 16 % sahaja banduan yang dilepaskan kembali ke penjara tersebut. Ini satu kadar yang rendah jika dibandingkan dengan Negara eropah yang lain dimana 70 % banduan akan masuk semula ke penjara.
5. Penjara San Pedro, Bolivia
Penjara ini terletak di daerah La Paz, Bovilia yang dianggap sebagai antara penjara paling pelik dan unik di dunia. Penjara ini diuruskan sendiri oleh banduan. Seperti sebuah kawasan perumahan yang besar, terdapat pelbagai fasiliti termasuklah restoran, kedai serta kilang menghasilkan dadah. Kebanyakan banduan di sini dipenjarakan disebabkan terlibat di dalam jenayah dadah.
Bagi banduan baru, mereka dikenakan bayaran untuk tinggal di dalam bilik penjara. Sesiapa yang tidak mempunyai wang akan tidur di kaki lima ataupun di luar bangunan. Namu yang menariknya bila ada banduan yang boleh membawa keluarga mereka tinggal di sana. Bilik penjara pula dikategorikan kepada 3, 4 ataupun 5 bintang. Bukan itu sahaja, banduan juga dipaksa untuk membayar yuran untuk berada di sana. Ini semua diceritakan oleh Rusty Young yang menulis buku Marching Powder, sebuah buku mendedahkan apa yang berlaku di dalam penjara tersebut.
Sumber : kupikupigo.com