Makanan Untuk Rambut Yang Lebat dan Subur
Makanan Untuk Rambut Yang Lebat dan Subur
Salah satu kecantikan seseorang itu adalah mempunyai rambut yang sihat, kuat serta berkilat. Keguguran rambut yang dikenali secara saintifik sebagai alopecia areata adalah keadaan yang amat merungsingkan kerana ia mampu menjatuhkan semangat serta keyakinan seseorang itu.
Setiap badan memerlukan nutrien, sama juga dengan rambut kita jika mahu kekal sihat. Pakar rambut telah mengesyorkan makanan yang boleh membantu menguatkan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut:
- Vitamin A
Meningkatkan pengeluaran bahan berminyak yang bernama sebum dalam kelenjar kulit kepala. Sebum melembapkan kulit kepala dan mengekalkan kesihatan rambut - Vitamin B
Membantu meningkatkan tahap sel darah merah, yang membawa oksigen dan nutrien ke kulit kepala dan folikel rambut - Vitamin C
Badan anda memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen, yang merupakan bahagian penting dalam struktur rambut - Vitamin E
Meningkatkan peredaran darah dan membantu menguatkan folikel - Zat Besi
Merangsang pengeluaran sel darah merah. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama keguguran rambut - Zink dan Selenium
Nutrien ini membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu rambut, serta melindungi kulit kepala daripada kerosakan
Makanan Untuk Rambut Yang Lebat dan Subur
1. Avocado
Avocado kaya dengan Vitamin E dan Vitamin B serta Potasium, Omega-9, asid folik dan lemak tidak tepu yang dapat membantu pertumbuhan rambut.
2. Beri
Beri seperti strawberi merupakan makanan yang mengandungi tahap Vitamin C yang tinggi, antioksidan yang membantu melindungi folikel daripada tekanan oksidatif. Sumber Vitamin C yang lain juga termasuk lada dan buah-buah sitrus seperti oren dan limau
3. Telur
Telur merupakan salah satu makanan yang tinggi dengan protein, yang merupakan blok pembangunan struktur rambut. Telur juga mengandungi Vitamin A dan D, karotin, lutein dan zink. Semuanya zat yang menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
4. Buah Ara/Tin
Buah yang kaya dengan zat besi, potassium, magnesium, Vitamin A dan E merupakan makanan untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kuat
5) Biji Rami (Flaxseed)
Kacang dan bijirin seperti biji rami (flaxseed) kaya dengan asid lemak omega-3 yang menyuburkan dan menebalkan rambut. Biji rami juga tinggi dengan kandungan Vitamin B1, magnesium, fosforus dan selenium
6) Rumpai Laut Kelp
Rumpai laut jenis kelp ini adalah sumber zat besi yang sangat baik, L-lysine, zink, Vitamin B2 dan B5, folat dan magnesium
7) Sayuran Hijau Berdaun
Sayuran hijau berdaun seperti bayam adalah sumber utama zat besi. Lebih gelap warna hijaunya, lebih tinggi kandungan zat besi. Sayuran berdaun juga mengandungi Vitamin A, B, C dan K, potassium dan folat
8) Mangga
Mangga mengandungi silika, yang membantu menguatkan helai-helai rambut. Mangga juga adalah sumber Vitamin A, B6 dan C serta folat
9) Biji Labu
Biji labu kaya dengan zink, yang boleh membantu mencegah kekeringan kulit kepala. Ia juga mengandungi zat besi, fosforus, magnesium, mangan, zat tembaga dan protein, semuanya menggalakkan pertumbuhan rambut
10) Kacang Soya
Kacang soya secara umum mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Ia juga mampu menghalang hormon yang dikenali sebagai dihydrotestosterone (DHT). Ketidakseimbangan hormon DHT dipercayai menyumbang kepada keguguran rambut. Nutrien lain yang banyak dalam kacang soya termasuk omega-3, vitamin B2 dan magnesium yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut
Sumber : sepanasudip.com