Dianggap Hukum Karma, Lelaki Yang Terlepas Tuduhan Membunuh 11 Tahun Lepas Ditemui Meninggal Dunia Di Lokasi Yang Sama
Sebuah kemalangan kereta di Miri yang berlaku baru-baru ini cukup heboh diperkatakan di media sosial. Menurut laporan, pemandu serta penumpang kereta BMW yang terlibat dalam kemalangan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penumpang kereta dilaporkan maut serta-merta selepas tercampak keluar dari kereta manakala pemandu kereta difahamkan meninggal dunia akibat kecederaan.
Kes kemalangan ini menjadi buah mulut netizen kerana pemandu kereta tersebut didakwa pernah membunuh rakan sekelasnya pada tahun 2011. Yang mengejutkan, mayat mangsa juga ditemui di lokasi yang sama kemalangan kereta berlaku 11 tahun lepas.
Mengimbau kembali traged lebih sedekad lalu, Tiffany Wong ditemui meninggal dunia di dalam sebuah longkang kecil di Jalan Beraya Lama, Bakam pada 25 Mac 2011.
Kehilangannya mula disedari apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama suspek untuk mengambil slip keputusan SPM.
Menerusi laporan The Borneo Post, pemandu tersebut telah dituduh atas pembunuhan Tiffany Wong namun dia dibebaskan kerana ketiadaan bukti yang kukuh.
Justeru itu, peristiwa kematian pemandu kereta itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet menyifatkan kejadian tersebut sebagai hukum karma atas perbuatannya lebih sepuluh tahun dahulu.
Sementara itu, rakan-rakan yang mengenali Tiffany Wong juga lega kerana beranggapan keadilan buat mangsa akhirnya terbela. Tragedi ini juga dilihat sedikit sebanyak telah mengimbau kembali memori kes kejam itu pada hari ni.
After choking her to death, he tied her head in a black plastic bag, and dumped her body in a ditch near the outskirts of miri. These few weeks i feel the sense of missing her alot, especially since its her birthday early next month and i plan to return miri to visit her grave.
— DarrellLuke (@DarrellLuke) April 14, 2022
Tidak hanya itu, sesetengah netizen juga beranggapan bahawa roh mangsa tidak aman dan sudah lama menunggu untuk membalas dendam.