“Bagus Untuk Anak-Anak..” Guru Adakan Simulasi Penculikan Di Tadika Raih Pujian Ramai
Kes penculikan dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin meningkat. Sebagai ibu bapa dan penjaga, pastinya setiap saat berasa dalam ketakutan apabila memikirkan akan hal ini. Penculik ada di merata tempat. Lebih-lebih lagi mereka ini sangat licik.
Terlepas pandang beberapa saat sahaja, para ibu bapa akan menyesal seumur hidup. Hendak kejar? Syukurlah jika sempat namun hanya satu atau dua kes sahaja yang sempat dikejar. Yang selebihnya para penjaga tidak sedar bila dan bagaimana penculikan itu boleh berlaku.
Oleh sebab itu, sebagai penjaga dan ibu bapa pastikan korang memberi nasihat dan mengajarkan mereka perkara yang sepatutnya dilakukan apabila diculik. Sekurang-kurangnya langkah tersebut melambatkan atau membuatkan proses penculikan gagal.
“Bagus Untuk Anak-Anak..” Guru Adakan Simulasi Penculikan Di Tadika Raih Pujian Ramai
Selain ibu bapa dan penjaga, pihak lain seperti Sekolah, Taska dan Tadika juga perlu mengambil langkah pendekatan akan isu ini. Seperti mana video yang tular baru-baru ini di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah Tadika yang melakukan simulasi penculikan.
Simulasi penculikan tersebut dilakukan berhampiran kawasan luar premis Tadika tersebut dan ketika simulasi dilihat beberapa orang guru berpakaian serba hitam dan menutup wajah, seolah-olah seperti penculik.
Guru yang menyamar itu kemudian memberikan sesuatu sebagai umpan dan telah menarik salah seorang kanak-kanak lelaki dan dibawa keluar dari pintu pagar kecil itu. Kanak-kanak lain yang turut berada di situ mula beras cemas dan lari apabila melihat salah seorang kawannya diculik.
Malah turut kedengaran mereka menangis ketakutan dan meminta pertolongan daripada guru mereka. Video yang dikongsikan oleh umimaisarah raih pujian dari warga TikTok.
Tak dapat bayangkan..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video ini. Ada yang menulis, simulasi sebegini bagus untuk anak-anak walaupun pada awalnya mereka meraung dan membuatkan anak-anak trauma.
“Tengok budak lelaki belakang yang kena culik tu, meraung. Tak dapat bayangkan lalu betul-betul punya trauma. Anyway bagus untuk anak-anak itu sendiri”, tulis akutghsuka.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh apabila melihat ada kanak-kanak yang menjerit memanggil guru dan memberi pendapat agar dia dilantik menjadi ketua kelas.
“Yang lari jerit panggil cikgu tu main peranan sanagt. So lantik dia jadi ketua dalam kelas tu..”, tulis pemilik akaun TikTok, user2881221717532.
Simulasi penculikan sebegini sangat bagus dilakukan. Walaupun kanak-kanak pada awalnya meraung dan menjerit kerana ketakutan serta meninggalkan kesan trauma namun rasa ketakutan tersebutlah bakal membuatkan mereka lebih berhati-hati.
Semoga tempat-tempat lain dan para ibu bapa memberikan pendedahan awal berkenaan dengan kes penculikan ini kepada anak-anak demi keselamatan mereka sendiri,
Sumber: TikTok umimaisarah
Baca juga: Enam Jam Tanpa Pengawasan Pengasuh Di Taska, Adik Haura Pergi Selamanya