Pelajar Lelaki Ini Sanggup Berjalan Kaki Dari Penang Ke Kelantan Untuk Pulang Mengundi
Tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke 15 adalah pada esok, Sabtu (19 November 2022). Ekoran itu, sejak beberapa hari yang lepas jalan raya semakin sibuk. Jumlah kenderaan yang berada di atas jalan tidak seperti hari biasa.
Bahkan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia cukup luar biasa apabila Lebuh Raya ke arah Pantai Timur dilaporkan makin sesak, seakan pulang beraya pula. Itu tidak termasuk lagi dengan tiket bas dan tiket penerbangan untuk pulang ke kampung yang sudah habis dijual dan penuh.
Terpaksa mereka yang tidak sempat membeli tiket ini tumpang kenalan masing-masing. Namun bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat menumpang kenalan mereka? Tak kan mahu pulang ke kampung berjalan kaki kan?
Pelajar Lelaki Ini Sanggup Berjalan Kaki Dari Penang Ke Kelantan Untuk Pulang Mengundi
Bagi sesetengah orang mana mungkin, sanggup tidak pulang mengundi daripada berjalan kaki beratus-ratus kilometer. Namun lain pula yang dilakukan oleh pelajar lelaki dari Kolej Komuniti Kepala Batas ini, apabila dia nekad untuk pulang ke kampung dengan berjalan kaki.
Keputusan tersebut diambil kerana tiket bas untuk pulang ke kampungnya iaitu di Kelantan sudah habis. Tambahan pula, ini adalah kali pertama pelajar yang dikenali dengan nama Muhammad Haikal Noor Azmin, 18 tahun, mengundi.
Kejadian yang berlaku pada Khamis, 17 November itu disedari oleh seorang pensyarah Kolej Komuiti tersebut yang mana pada ketika itu beliau melihat Haikal sedang berjalan di tepi jalan sambil membawa beberapa beg dan sekaki payung pada jam 7 petang hari tersebut.
Pada ketika itu, pelajar sijil Animasi 2D ini kelihatan keletihan berjalan di tepi Jalan Bertam Indah 2. Melihat kesungguhan yang cukup luar biasa dari Muhammad Haikal Noor Azmin ini, akhirnya pihak Kolej membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke Kelantan dengan menaiki kenderaan Jabatan.
Dalam masa yang sama, bagi memudahkan perjalanan Haikal, pihak Kolej juga turut memberikan sedikit sumbangan. Bantuan berkenaan dikatakan bertujuan untuk meringankan beban Haikal memandangkan dia merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik. Bapanya pula sudah meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
“Sumbangan turut diberikan oleh kakitangan kolej bagi memudahkan perjalanannya. Bantuan itu bertujuan untuk meringkan beban pelajar tersebut kerana dia merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik dan bapanya meninggal dunia ketika berusa 11 tahun’, kata Pensyarahnya menerusi kenyataan yang dilaporkan pihak TVS.
Allahurabbi. Baru berusia 18 tahun, namun semangat pelajar ini cukup tinggi demi memastikan Malaysia berada ditampuk pemimpin yang terbaik. Tidak pentingkan diri sendiri, bahkan dia nekad pulang ke kampung dengan berjalan kaki.
Bukan dekat jarak daripada Penang ke Kelantan, jika benar-benar dia pulang berjalan kaki, sepanjang jalan dari Gerik ke Kelantan cukup menyeramkan. Lebih-lebih lagi pelajar lelaki tersebut seorang diri.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pensyarah dan pihak Kolej Komuniti Kepala Batas kerana bertindak untuk menghantar adik Haikal pulang. Salah satu semangat anak muda yang patut dicontohi dan dijadikan tauladan.
Sumber: TVS
Baca juga: [VIDEO] Cabut Bendera, Adegan Pergaduhan Mulut Cetus Tawa Warganet “I Dah 15 Tahun Takde Kerja”