Tema Dan Logo Hari Malaysia – Daily Rakyat

Tema Dan Logo Hari Malaysia


TEMA DAN LOGO HARI MALAYSIA TAHUN 2019

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Malaysia bagi mengingati jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh nenek moyang kita kerana telah membebaskan negara ini dari ancaman penjajah. Detik rasmi negara kita mencapai kemerdekaan adalah pada 31 0g0s 1957. Oleh itu, pelbagai kempen serta program yang telah dilakukan bagi menghargai jasa mereka supaya semangat perpaduan serta cinta akan negara dapat diterapkan dalam kalangan rakyat. Dengan adanya langkah sebegini ia mampu dalam mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan semua rakyat Malaysia tanpa ada ancaman daripada penjajah.

Tema “Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku bersih”

Sambutan Hari Malaysia pada tahun 2019 bertemakan “Sayangi Malaysiaku= Malaysiaku bersih” telah melambangkan keutamaan perpaduan serta semangat cinta atau sayang akan negara demi melahirkan keharmonian serta kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Tema merupakan satu unsur yang penting kerana ia membantu rakyat dalam menghayati konsep serta tujuan yang ingin dicapai. Ia juga membantu perubahan dari segi persepsi rakyat terhadap negara, hubungan sesama rakyat serta tahap nasionalisme yang tinggi.

Logo Hari Malaysia

Hari Malaysia merupakan salah satu sambutan yang memiliki logo yang tersendiri kerana ia merupakan lambang identiti sesebuah negara. Setiap tahun logo Hari Malaysia akan sentiasa diperbaharui bagi memastikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia semakin tinggi. Kreativiti dalam menghasilkan sesebuah logo mampu membantu rakyat dalam memahami maksud yang ingin disampaikan. Justeru itu elemen-elemen yang diterapkan di dalam logo itu mesti dapat menarik perhatian serta memudahkan kefahaman maksud logo yang ingin disampaikan.

Kemerdekaan

Logo Hari Malaysia

Maksud Logo

  • Memaparkan 3 orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dada mereka
  • Logo melambangkan warganegara Malaysia berbilang bangsa dalam keharmonian rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada negara Malaysia
  • Penggunaan warna Jalur Gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku= Malaysiaku bersih
  • Malaysia akan menjadi negara aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat