Pentingnya Air Yang Mencukupi Untuk Teruskan Hidup

Sumber Rujukan : DrRizal Abu Bakar

Sebagaimana yang kita sudah ketahui, pentingnya air bagi setiap makhluk bagi meneruskan hidup. Namun kita selalu mengabaikan dan menganggap ianya tidak penting untuk membekalkan air yang mencukupi kepada badan kita.

 

Kenapa Pentingnya Air Untuk Otak Dan Tidur?

Di sini saya ingin menerangkan perkara yang berkaitan air, otak dan tidur yang penting dalam hidup kita. Jika kita tidak menjaga dan tidak ambil serius ketiga – tiga ini, kita akan mengalami masalah kesihatan kerana ketiga – tiganya saling berkaitan. Kita tidak mahu perkara itu terjadi bukan?

Berapa liter air perlu minum sehari? Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania. Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari sememangnya satu pengalaman yang menakjubkan.

Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala. Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak diproses dan dikaji. Saya dapati ada kitaran antara tidur dan air.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kata kita bangun dari tidur dan kita mengalami sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi dalam badan kita. Bukan kerana salah bantal yang kita selalu cakapkan itu.

Antara simptom lain yang akan kita rasa apabila kita kekurangan air dalam badan ialah, kita akan mengalami kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh. Lenguh – lenguh badan juga merupakan salah satu simptom kita mengalami masalah kurangnya air dalam badan.

Apabila kandungan air kurang, otak kita akan mengering. Tidak cukup air untuk mengekalkan kelembapan otak. Air yang tidak mencukupi akan mengakibatkan otak kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Seperti yang kita ketahui, air dapat membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien yang sangat penting untuk otak.

Minuman seperti kopi, teh dan yang lain – lain tidak termasuk dalam kategori air. Air kosong yang tidak berwarna dan berperisa lebih tepat dan lebih sesuai digunakan untuk tubuh kita.

Apa Kata Pakar Dalam Kuantiti Air Yang Harus Diminum?

Setiap masa kita kehilangan air dan ianya perlu ditambah. Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza dalam kuantiti air yang harus diminum.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges adalah sama yang mana untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter sehari. Perempuan pula ialah 9 gelas atau 2.2 liter sehari.

8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter. Ia masih tidak mencukupi untuk perempuan. Apatah lagi kalau nak ikutkan kuantiti bagi lelaki.

Minum air yang mencukupi banyak faedahnya. Ada antara kita yang selalu terlupa minum air. Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Dengan meminum banyak air, ia meningkatkan sistem metabolism badan. Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif dan juga dapat membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Betapa pentingnya air untuk otak dan tidur kita. Air juga penting untuk kurus. Senang kata air sangat penting untuk meneruskan hidup! Ayuhla kita bersama – sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat