Lelaki Dan Kesihatan Mental


Mental

Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya
mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat
dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya.

Umum mengetahui bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam kes penyakit mental dan bunuh diri kebelakangan ini. Ia sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental yang semakin terjejas akibat gaya hidup serta kemajuan dunia masa kini yang banyak menimbulkan tekanan pada seseorang individu.

Kes kesihatan mental dalam kalangan lelaki adalah tinggi tetapi kerap tidak dikesan. Ini kerana lelaki sukar menunjukkan simptom gangguan kesihatan mental berbanding wanita. Lelaki lebih cenderung untuk memendam perasaan, menyendiri dan tidak berkongsi. Lalu melepaskan rasa atau kesedihan mereka melalui perkara lain seperti melakukan keganasan, mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

Antara sebab emosi lelaki tidak stabil mungkin disebabkan mereka tiada kerja khusus tau bersara selain gagal mencapai impian dalam hidup yang diharapkan. Ketidakupayaan mencapai hasrat berkenaan, menyumbang kepada gangguan emosi membawa kepada kesan kemurungan.

Selain itu, penampilan tidak lagi menarik, struktur kulit berkedut, putus haid atau menopaus dan gagal mendapat perhatian.  Ini juga antara faktor mengundang gangguan emosi, terutama dalam kalangan individu menjangkau usia 50-an. Tanpa kekuatan mental dan fizikal, individu tidak dapat mengharungi usia mereka dengan sempurna.

Perubahan hormon antara sebab kebarangkalian seseorang mempunyai masalah emosi. Ia adalah faktor risiko, tetapi bukan penyebab. Maksudnya disini kebarangkalian mendapat gangguan emosi serius kepada individu yang mempunyai perubahan hormon secara mendadak.

Terdapat empat jenis hormon di dalam otak yang mempengaruhi emosi kita iaitu dopamine, oxytocin, seratonin dan endorphin. Setiap ketidaksempurnaan membabitkan produksi hormon memberi kesan kepada emosi. Kesan lanjut usia, gangguan kesihatan fizikal, kecederaan pada bahagian badan tertentu menyebabkan gangguan berlaku pada emosi. Statistik tidak rasmi menganggarkan satu daripada tiga individu dewasa di Malaysia ini mengalami masalah berkenaan dan lelaki lebih ramai mengalami masalah gangguan emosi berbanding wanita.

Secara luaran, kita namapak golongan ini jelas tidak mengalami masalah kerana keperibadian mereka tidak mencerminkan sifat sebenar. Berbanding wanita lebih ia mudah dilihat pelbagai sudut seperti raut wajah, perilaku, percakapan dan gerak tubuh. Lelaki sukar dikesan mengalami masalah gangguan emosi atau kesihatan mental kerana tidak mahu dianggap sebagai individu lemah.

Gangguan Emosi Tidak Mengenal Usia

Mental

Golongan berusia lebih mudah mengalaminya namun bergantung kepada pengalaman hidup masing-masing selain cabaran tertentu yang terpaksa dihadapi. Berkait rapat dengan kesihatan mental, gangguan emosi menjadi lebih parah dalam kalangan warga emas apabila tidak dikawal atau dirawat dengan sempurna. Masalah gangguan emosi juga babitkan kanak-kanak dan dewasa.

Namun, kadar kejayaan mengatasi masalah gangguan bergantung kepada gabungan antara rawatan psikoterapi, ubat-ubatan dan gaya hidup sihat.

Selain ego, antara punca utama menyebabkan individu tidak mendapatkan bantuan ialah stigma. Iaitu stigma masyarakat berhubung stereotaip negatif kepada individu dengan masalah mental dan dikaitkan dengan ‘gila’.

Stigma itu menjadikan individu berkenaan disisihkan kerana berbeza. Stigma itu juga memberi kesan kepada lelaki untuk mencari bantuan kesihatan mental kerana ketahanan mental yang tinggi berbanding wanita dan imej maskulin.

Kesimpulannya, sekiranya tidak di tangani masalah emosi dengan baik dengan mendapatkan rawatan, kesannya boleh menyebabkan berlaku masalah kebimbangan atau kemurungan serius. Rawatan awal boleh dilakukan dengan berjumpa atau berunding dengan pakar psikologi atau psikiatri bagi mengenalpasti masalah sebenar, jenis dan tahap gangguan yang dialami. Lazimnya individu terbabit dibantu menerusi pelan kesihatan yang diberikan secara tepat selain kemahiran pengurusan menangani masalah secara positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat