Teori Kesan Kadaran Sifar GST Adakah Membawa Kepada Penurunan Harga?
Secara teori atau matematiknya, memang penurunan kadar GST daripada 6% kepada 0% akan membawa kepada penurunan harga.
Tetapi benda ni takkan terjadi untuk 4 jenis situasi :
1) Untuk barangan yang dah memang berkadar 0%. Ini majoritinya barang-barang keperluan asas.
Janganlah pergi marahkan peniaga kalau tengok harga ikan kembung naik walau GST 0%. Sama juga yang marah kerajaan sebelum ni sebab harga lembung naik itu sebenarnya tiada kaitan dengan GST langsung.
2) Untuk peniaga yang memang sudah mencapai kapasiti maksima. Bermaksud kalau orang nak beli lebih banyak pun, dia tak boleh nak jual lagi banyak.
Untuk peniaga macam ni memang tipis harapan dia akan kurangkan harga. Dah jual harga mahal dengan GST pun habis jugak barang. Buat apa turunkan harga.
Sekaligus 6% tersebut masuk poket dia.
3) Untuk peniaga yang dah naikkan harga dari awal.
Ini memang ada berlaku. Bila dia dengar je yang GST akan dikadar sifarkan, dan tahu orang ramai akan mula membandingkan harga, dia terus naikkan harga dari awal
Jadi bila tiba 1 Jun, dia pun kurangkan harga. Rakyat pun gembira sebab harga berkurang. Tanpa sedar yang sebenarnya harga dah dinaikkan dari awal.
Mana tahu? Sebab kitorang perasan ada barang-barang yang biasa dibeli naik harga dengan mendadak sejak 2-3 minggu lepas.
4) Peniaga yang kurangkan hari ni, naikkan balik pada bukan Julai.
Kenapa? Demi mengelak kena condemn. Jadi turunkan dulu bulan Jun ni. Nanti naiklah balik. Ini masih spekulasi, tapi agak yakinlah ianya akan berlaku, dengan kata lain.
Harga hanya akan berkurang kalau ianya bukan barangan berkadar sifar, dan peniaga itu sendiri tidak mengambil kesempatan untuk menyerap pemansuhan GST masuk ke poket sendiri.
MOF ada mengatakan pemansuhan GST akan memulangkan RM17 billion kepada rakyat pada tahun ini
Tetapi sebenarnya, jika harga tidak berkurang, maka RM17 billion tu bukan pergi kepada rakyat, tetapi pergi kepada peniaga.
Malahan lebih menyedihkan disebabkan pengurangan hasil bagi kerajaan sebanyak RM17 billion, maka manifesto-manifesto lain tidak dapat dijalankan. Bonus untuk penjawat awam pun sedikit dan ramai juga yang tidak dapat. Manakala kerajaan kembali bergantung kepada hasil minyak dan dividen Petronas.
Yang menang? Hanyalah peniaga.
Sebab tu pernah tanya dulu
Korang suka ada GST, dan free education + BR1M + subsidi-subsidi lain
Atau tiada GST, tetapi segala subsidi lain pun tidak ada, malahan pekerja sektor kerajaan (doktor, cikgu dll) akan terus dihimpit dengan kekangan kewangan.
The choice is yours.
Lain orang lain pilihannya, democrat dan republican di US pun mempunyai pendirian yang berbeza. Suarakan pendapat anda. Sebab dengar cerita kerajaan baru ni kerajaan yang mendengar keluhan rakyat dan semoga dengan ini kita mula menjadi rakyat yang berpolitik atas polisi yang betul dan realistik