Selamatkan Masa Depan Anak-Anak Miskin,Jalanan Dan Yatim Dengan Tangan Yang Kita Kotori


1. Dalam 1 hari kita dengar sampai 2 kes pedofil kat negara kita ni.

2. Kes pertama, mamat omputeh asal UK umur 30 ni dah mencabul mungkin sehingga 200 anak kecil berumur dari 6 bulan hingga 12 tahun.

3. Richard Huckle ni dah mula mencabul sejak 2006. Maknanya masa tu dia baru 20 tahun. Datang Malaysia lepak-lepak konon jadi tukang tangkap gambar, jadi cikgu tusyen.

4. Masa kena tahan, dalam laptop dia saja ada lebih dari 20,000 gambar lucah anak-anak.

5. Kes kedua, pendedahan Syed Azmi tentang kewujudan grup chat pedo ni.

6. Baru buat Januari lepas, la ni grup tu ada sehingga 751 ahli. Bayangkan ya, 1 orang boleh cabul sehingga 200 anak.

pedofilia 2

7. Kalau 751 orang? Tak mustahil sehingga 150,200 anak telah dicabul (tanpa mereka sedar pun).

 

8. Paling kritikal ialah anak-anak miskin, anak jalanan dan mungkin anak di rumah anak yatim.

9. Pertama kerana anak ini tidak punya ilmu asas mengenai serangan seksual. Kedua, anak ini kalau tahu mereka diserang pun, tak pasti nak laporkan kepada siapa. Mereka mungkin tak punya ibu atau bapa, atau kalau ada pun, keluarga yang tak berapa peduli hal seperti ini.

10. Anak marginal seperti ini, tak punya self esteem, kepercayaan diri mereka rapuh, sistem dan nilai kekeluargaan hampir tiada di dalam minda mereka.

anak-jalanan

11. Jadi ini masalah orang miskin. Masalah kaum gelandangan. Masalah anak yatim. Masalah ekonomi. Masalah nasional. Masalah negara.

12. Anak-anak kelas bawahan seperti ini sentiasa berisiko tinggi. Mereka berisiko tinggi cicir pelajaran. Mereka berisiko tinggi tak cukup nutrisi. Kini mereka berisiko tinggi untuk menjadi mangsa serangan seksual.

13. Ya, memang. Dunia memang semakin gila. Pedofil membiak macam 1000 kandang babi wujud untuk mereka. Kita tak boleh halang babi membiak.

14. Tetapi KITA, sebagai sebahagian dari masyarakat-lah yang sebenarnya bertanggungjawab. Anak miskin, anak yatim, anak jalanan memerlukan kita untuk berfungsi.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

15. Bagian dari tanggungjawab itu ialah untuk turun dan menyantuni mereka. Melihat dan menyelesaikan masalah mereka. Bersama-sama dengan mereka menghadapi ‘dunia’ ini. Kalaupun kita bukan Najib untuk selesaikan isu nasional ni, kita mungkin boleh selesaikan masalah di sekitar rumah kita – dengan tangan kita sendiri.

16. Jadi kalau ada rumah anak yatim dalam radius 5km, 10km dari rumah, turunlah. Kalau ada komuniti jalanan, singgahlah. Kalau ada keluarga miskin, bertanyalah dan jadilah bagian dari keluarga mereka.

17. Kita mungkin tak sedar tangan yang kita kotori hari ini sebenarnya, sedang menyelamatkan masa depan buat anak miskin, anak yatim dan anak jalanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat