RON97 Naik 19 Sen, RON95 Diesel Kekal Disubsidi Oleh Kerajaan

Sumber Rujukan : Sinar Harian

Kenaikan ini berdasarkan harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah USD76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara USD87 hingga USD88 setong.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga petrol bagi RON97 naik 19 sen seliter kepada RM2.66 bermula hari ini sehingga 13 Jun manakala harga RON95 dan diesel dikekalkan.

“Manakala mulai hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara managed float pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun 2018, dan akan di selaras setiap minggu,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.

“Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat