Khasiat Sebenar Pisang Untuk Kesihatan
Pisang merupakan salah satu buah yang senang didapati kerana ia tidak bermusim serta memiliki harga yang berpatutan. Malah ia merupakan buah yang senang untuk dimakan berbanding buahan yang lain kerana ia tidak perlu dikupas atau dikopek. Hampir 100 lebih negara menanam pisang secara komersial dan rakyat Malaysia turut ramai memakan pisang berbanding buah buahan yang lain. Ternyata banyak khasiat sebenar pisang untuk kesihatan kita.
Khasiat Sebenar Pisang Untuk Kesihatan
1. Tekanan Darah
Pengambilan sodium yang rendah penting dalam membantu seserorang itu mengurangkan tekanan darah. Malah, pisang yang merupakan makanan yang berpotasium tinggi turut penting untuk kesan vasolidasi jangka panjang. Kajian mendapati diet dengan pengambilan potasium yang tinggi akan mengurangkan 20% risiko kematian disebabkan semua penyakit. Namun siapalah kita untuk mempersoalkan kematian, tetapi kita mampu berusaha selebihnya kita berserah.
2. Asma
Imperial College of London telah melakukan kajian dan telah mendapati kanak-kanak yang memakan satu biji pisang setiap hari akan mengurangkan risiko sebanyak 34% untuk mendapat penyakit asma. Oleh itu disarankan galakkan kanak-kanak memakan pisang untuk mengekalkan kecergasan mereka supaya membesar dengan jayanya.
3. Kanser
Salah satu sumber makanan yang kaya dengan vitamin C, pisang mampu mencegah permbentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Oleh itu, pengambilan pisang semasa 2 tahun pertama kelahiran akan mengurangkan risiko leukimia kepada kanak-kanak.
4. Kesihatan Jantung
Kajian mendapati pengambilan 4069 mg potasium setiap hari telah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung iskemik pada kadar 49% berbanding pengambilan 1000 mg potasium.
Menurut Mark Houston, seorang professor klinikal dan perubatan dari Vanderbilt Medical School telah mengatakan serat, potasium, vitamin C dan B6 dalam pisang membantu kesihatan jantung.
5. Diabetes
Kajian mendapati individu yang ada penyakit kencing manis Tahap 1 dan mengambil pemakanan tinggi serat akhirnya mempunyai tahap glukos yang rendah. Manakala pesakit diabetes tahap 2 pula memperbaiki kandungan gula, lipid dan tahap insulin.
Satu biji pisang saiz sederhana mengandungi 3 gram serat. Pengambilan serat yang disyorkan setiap hari adalah lebih kurang 21-25 gm untuk wanita dan 30-38 gm bagi orang lelaki.
6. Cirit Birit
Kehilangan elektrolit seperti potasium semasa cirit-birit membuatkan seseorang berasa tidak bermaya. Oleh itu, pisang dapat membantu menambahkan potasium dalam badan dan memperbaiki kesihatan pesakit. Makanan yang lembut seperti pisang disyorkan untuk merawat cirit-birit.
7. Daya Ingatan
Pisang mengandungi triptofan sejenis asid amino yang dikatakan mampu menguatkan daya ingatan serta membaiki “mood” seseorang. Namun untuk pengetahuan ramai, berhati hati dengan pengambilan pisang yang berlebihan. Sekiranya anda telah diarahkan dengan ubat seperti Beta-Blocker untuk penyakit jantung, anda perlu mengurangkan makan pisang kerana ubat ini sendiri memberi kesan dengan meningkatkan kadar potasium.
Selain itu, pesakit buah pinggang tidak disarankan mengambil pisang dalam kuantiti yang banyak kerana mungkin buah pinggang tidak dapat membuang lebihan potasium dalam badan dan ini membahayakan pesakit.