Sedia Berkhidmat Sehabis Baik, Onn Hafiz Teruskan Legasi Keluarga Sebagai Pemimpin Rakyat Johor


Negeri Johor hari ini menyaksikan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar ke-19. Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-15, Onn Hafiz, 44, telah memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Machap menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional (PN), R Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.

Pada hari ini, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengulangi sejarah moyangnya yang memegang jawatan sama, iaitu Dato’ Jaafar Muhammad (Menteri Besar Johor Pertama), Dato’ Onn Jaafar (Menteri Besar Johor Ke-7).

onn hafiz teruskan legasi keluarga

Onn Hafiz Teruskan Legasi Keluarga

Onn Hafiz merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO pertama, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar dan cucu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein bin Dato’ Onn.

Ketika Onn Hafiz dicalonkan mewakili UMNO pada Piilihan Raya Umum 2018, beliau turut menyimpan hasrat untuk meneruskan legasi keluarganya.

“Saya ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Onn, Tun Hussein dan Datuk Hishamuddin”, ucap beliau ketika dicalonkan bagi ADUN Layang-Layang.

onn hafiz bertanding untuk adun machap

Memiiki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada University of Hertfordshire, United Kingdom, beliau pada mulanya berkhidmat sebagai akauntan profesional.

Beliau juga pernah berkhidmat di PriceWaterhouseCoopers dan menyandang jawatan Pengarah di Chin Well Holdings Berhad.

Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2013 hingga 2018.

Onn Hafiz Bangkitkan Sektor Pelancongan Johor

Sebelum menyandang jawatan Menteri Besar, beliau terlebih dahulu bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa (EXCO)  Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor sejak 2019.

Jawatan ini menjadi bukti kewibawaan Datuk Onn Hafiz sebagai pemimpin yang berkaliber. Waktu perkhidmatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, sektor pelancongan negeri Johor cukup mencabar ekoran wabak Covid-19 yang menjejaskan sektor ini secara menyeluruh. Ekoran daripada itu, beliau telah umumkan penutupan operasi bagi 13 buah hotel pada Disember 2020.

Oleh itu, Tourism Johor di bawah kepimpinan Datuk Onn telah melancarkan beberapa inisatif bagi menggerakkan semula sektor pelancongan domestik.

Antaranya ialah pemberian 15,000 baucer bernilai RM 100 kepada pelancong tempatan bagi merancakkan aktiviti pelancongan.

Inisiatif yang dilaksanakan ternyata membuahkan hasil. Buktinya, kadar tempahan hotel di Johor Bahru dan Muar didapati meningkat sebanyak 80% sejak kebenaran rentas negeri diumumkan.

Semasa berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Onn Hafiz juga sempat menubuhkan kumpulan sukarelawan yang dikenali sebagai Southern Volunteers.

Kumpulan yang terdiri daripada 20,000 sukarelawan belia ini ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor.

onn hafiz tubuhkan kumpulan sukarelawan

Sepanjang tahun lepas, kumpulan sukarelawan ini telah dikelola oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menggerakkan proses pemberian vaksin Covid-19.

Kumpulan ini diberikan tugas untuk membantu di Pusat Pemberian Vaksin di sekitar negeri.

Kumpulan ini juga digerakkan oleh Tengku Mahkota Johor dan Datuk Onn Hafiz bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Tangkak dan Segamat pada Disember 2021.

 

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat