Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat


Macam mana nak bandingkan harga  tiket flight yang paling murah dengan mudah dengan kos sara hidup semakin meningkat.

Tips bagaimana booking tiket flight yang lebih jimat dengan SkyScanner sangat sesuai untuk yang nak bercuti sambil berjimat cermat. Tips ini dikongsi oleh Khadeejah Hasmad.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

bagaimana cara untuk booking tiket flight yang murah

Sebelum ini kalau saya nak book tiket flight, saya akan buka banyak tab sebab nak check flight mana yang lebih jimat.

Agak makan masa juga. Bayangkan kalau nak fly dalam negeri, maunya kena buka MAS, AirAsia, Malindo, Fireflyz, etc.

Kalau overseas travel?

Dah lebih dari tu.

Sehingga lah satu hari adik saya yang kaki berjalan satu dunia ajar saya guna SkyScanner.

Wah! Macam jakun saya.

Apa itu SkyScanner?

SkyScanner adalah website yang compare harga semua flight sekaligus. Tak payah kita nak buka tab penerbangan satu persatu.

Mari saya cerita detail macam mana nak guna SkyScanner ni.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

1. Masuk www.skyscanner.net.

Pilih kita dari airport mana. Contohnya saya dari KLIA, jadi saya taip Kuala Lumpur – nanti dia ada automatik keluar pilihan, saya pilih Kuala Lumpur International Airport. Istanbul tu saya tukar sekejap lagi ke Zurich. Zurich terletak di Switzerland. Saja nak survey harga.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

2. Pilih tarikh pergi dan tarikh balik.

Bila kita tekan pada kotak Depart, dia akan keluar kalendar macam ini. Klik tarikh kita mahu bertolak. Buat yang sama untuk kotak Return.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

3. Seterusnya tekan ‘Cabin Class & Traveller’.

Di sini kita akan diberi pilihan mahu flight kelas apa. Saya pilih economy dahulu. Insya-Allah business class incoming. Adult saya letak 2 untuk kami suami isteri. Children saya letak 3. Kemudian kita juga di minta specify umur anak-anak. Sah-sah lah Hannah tak dapat seat sebab umur bawah 2 tahun. Ok bila dah selesai semua, tekan butang ‘Search Flight’ warna hijau itu.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat
4. Selepas kita tekan butang ‘Search Flight’, SkyScanner akan bawa kita ke paparan macam ini.

Mereka sedang check dan compare harga beberapa flight. Kalau ada 50 flight, maka 50 – 50 itu yang diorang compare. Tapi oleh kerana kita nak jimat masa, ada baiknya kita set siap-siap kita prefer flight apa dan tak berapa berkenan flight mana, etc. Mohon tekan sekarang butang ‘Filter’ berwarna biru di atas itu.
Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

5. Lepas tekan butang ‘Filter’, akan keluar paparan ini.

Saya terangkan secara ringkas:

  1. Stops
  2. Kita boleh pilih nak direct flight, atau flight yang transit 1 kali di airport negara lain, atau transit 2 kali di airport negara lain. Oleh kerana saya memilih untuk ke Zurich di Switzerland yang tiada direct flight dari Malaysia, maka pilihan untuk saya hanya ada dua. Saya biarkan tick di ‘1 stop’ dan saya untick di ‘2+ stops’ sebab saya tak mahu transit banyak kali.
  3. Departure timesKita prefer flight pukul berapa?

Boleh slide slider tersebut. Saya tak kisah mana-mana.

Journey duration

Kita boleh pilih kita mahu perjalanan flight kita berapa lama. Kalau hanya 1 transit dan perjalanan flight adalah lama, ia berkemungkinan kami perlu bermalam di lokasi transit.

Tapi saya tak kisah dan memang look forward to it. Teringin mahu bermalam di Doha atau Istanbul.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

6. Scroll sikit lagi ke bawah.

Baiklah. Di sini kita boleh buat pilihan. Sama ada nak terus pilih kita suka airlines apa, dan untick airline yang kita tak berkenan, atau biar je semua ni ticked, dan kita perlu go through sebanyak 442 pilihan untuk lihat mana berkenan di hati.

Untuk saya, mula-mula saya interview adik saya yang dah pernah naik pelbagai jenis flight, saya tanya dia flight apa yang dia rasa paling sesuai untuk kami keluarga bersama anak kecil. Saya tekan ‘Clear All’ dan kemudian tick di kotak airline yang saya prefer, berdasarkan adik ai punya pengalaman. Cara lain untuk tengok flight mana yang sesuai – Google top 10 best airlines.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

7. Selepas saya buat pilihan semua, saya tekan done, dan SkyScanner akan buat paparan based on apa saya pilih tadi.

Harga kami 5 beranak dalam RM 11,000. Baiklah. Masa untuk bekerja lebih keras.

P.s: Ini adalah harga untuk kami 5 beranak, dan kami pula pilih airlines yang agak premium seperti Qatar Airways.

Anda boleh dapat lebih jimat jika anda tak fussy macam kami.

Tekan di flight pilihan anda.

Saya tekan di Qatar Airways yang pilihan pertama ini sebab kami minat Qatar Airways, dan pilihan pertama adalah pilihan paling jimat.
Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

8. Lepas klik, dia akan keluar paparan seperti ini.

Untuk tahu kita akan transit di mana, tekan perkataan ‘1 stop’ yang berwarna merah itu.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

9. Wah, akan transit di Doha airport cantik.

Tengok jangka masa 8 jam di Doha. Plus minus ada lebih kurang 4-5 jam (selepas tolak masa untuk check in airport dan masa untuk tunggu next flight departing). Dari sini kita dah boleh rancang aktiviti di Doha

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

 10. Return transit sekejap sahaja.

Ini kalau nak makan pun, mau kena berlari. Nampak section ‘Book your ticket’ di bawah sekali?

Tekan butang ‘Read before booking’
Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

11. Baca dengan teliti section ‘Read before booking’

Jangan ada menyesal if ada apa-apa yang kita tak expect berlaku.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

 

12. Scroll lagi ke bawah.

Baiklah, ada senarai beberapa website yang tawarkan harga jimat untuk Qatar Airways.Ada beberapa pilihan.

Pilhan pertama dari website GotoGate.

Pilihan kedua dari website BudgetAir, etc

Kat bawah tu ada beberapa lagi. Mari cuba click pilihan pertama. Tekan butang ‘Select’ berwarna hijau.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

13. SkyScanner akan bawa anda ke website.

GotoGate seperti pilihan pertama anda tadi.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

14. Paparan ini akan muncul

Check tarikh, masa dan harga. Untuk maklumat lebih detail, cuba tekan butang ‘Book’ berwarna hijau.

Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat

15. Selepas tekan butang ‘Book’, anda akan di bawa ke paparan yang lebih detail.

Baca setiap baris.

Scroll ke bawah untuk confirmkan beberapa preference anda seperti. :-

  • Seating package.
  • Cancellation reservation.
  • Seat reservation, etc.

Akhir sekali, baru proceed to payment.

Kalau kurang berpuas hati dengan GotoGate untuk Qatar Airways, boleh terus masuk ke website Qatar Airways untuk book. Beza harga biasanya tak sampai RM 1,000.

 

Harap Tips Bagaimana Booking Tiket Flight Yang Lebih Jimat yang dikongsikan ini dapat membantu anda anda dalam pemilihan tiket bagi menjimatkan kewangan anda. Adakah anda tahu bagaimana merancang persiapan perjalanan yang betul jika anda belum tahu bagaimana cara klik artikel  Tips Merancang Persiapan Perjalanan dan anda tahu bagaimana caranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat