Cara Menghormati Bendera Malaysia


Bendera adalah lambang kedaulatan bagi sesebuah negara yang berkaitan dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi dan ianya juga merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara.

Cara-cara menghormati bendera ialah:-

1. Sebagai Lambang Kebesaran dan Kedaulatan Negara

  • Jika anda memakai Baju Melayu dan bersongkok, hendaklah anda berdiri tegak dengan kedua belah tapak tangan diluruskan ke bawah.
  • Jika anda memakai pakaian lain juga haruslah berdiri tegak dengan kedua tangan diluruskan ke bawah.
  • Jika anda memakai topi, hendaklah dibuka topi dan diletakkan di dada sebelah kanan.

2. Sebagai Tanda Berkabung

Untuk peristiwa-peristiwa tertentu, bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung. Antara peristiwa-peristiwa atau situasi yang membolehkan pengibaran bendera separuh tiang ialah:

  • Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
  • Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Raja Permaisuri.
  • Kematian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri.
  • Kematian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pemangku Perdana Menteri.

3. Sebagai Tanda Menghormati Jenazah

Dalam Istiadat Pengebumian Negara, keranda ditutup menggunakan Bendera Malaysia. Ia adalah sebagai satu penghormatan terakhir negara kepada individu berkenaan.

  • Duta-duta Malaysia yang meninggal di luar negara
  • Anggota tentera dan polis yang meninggal semasa bertugas
  • Membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di luar negara yang ditentukan oleh kerajaan

Konklusinya, penting bagi kita menghormati dan menjaga bendera kita dengan sebaik mungkin kerana ia lambang negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat