5 Tips Yang Berkesan Khas Buat Perokok Untuk Berhenti Merokok


Semua orang tahu rokok membawa kesan yang buruk kepada kesihatan. Gejala merokok membahayakan dan memudaratkan tubuh badan selain mudah mendapat berbagai penyakit berkaitan dengan paru-paru, jantung, hati dan sebagainya. Rokok juga memberi kesan buruk kepada hampir setiap organ dan tisu badan manusia. Malah ianya juga bahaya kepada ibu yang sedang hamil, kerana boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan pada kandungan. Terdapat 5 tips yang berkesan khas buat perokok untuk berhenti merokok.

Kebanyakkan perokok ini sedar akan bahayanya rokok pada diri mereka, tetapi masih ramai yang tetap merokok dan semakin ramai anak muda yang mulai berjinak-jinak mengambil rokok. Ada juga dikalangan mereka yang berniat mahu  meninggalkan gejala ini tetapi ia bukan hal yang mudah untuk berhenti merokok serta merta, banyak halangan yang mungkin berlaku.

Bagi perokok-perokok tegar yang mahu berhenti merokok dan kembali meneruskan gaya hidup sihat, tetapi tidak tahu bagaimana langkah yang boleh dibuat? Ini tips yang berkesan untuk anda henti merokok secara perlahan-lahan.

5 tips yang berkesan khas buat perokok untuk berhenti merokok:

  1. Tetapkan tarikh.
    Untuk mencapai sesuatu misi, tarikh amatlah penting. Tetapkan tarikh sesuai yang anda rasa betul – betul bersedia untuk berhenti. Kalau anda berjaya menahan diri tidak merokok selama seminggu, maka anda harus teruskan dengan target anda supaya anda berasa boleh meneruskan hidup tanpa sebatang  rokok.
  2. Dapatkan sokongan.
    Anda haruslah dapatkan sokongan dari orang yang rapat terutamanya keluarga serta sahabat kerana dari mereka lah yang membuatkan anda lagi bersemangat mahu berhenti merokok.
  3. Banyakkan minum air putih (kosong) dan mengunyah gula – gula getah.
    Banyakkan minum air kosong sekurangnya 8 liter sehari. Lebih baik kurangkan air yang beralkohol. Jika berasa mulut anda pahit seeloknya anda mengunyah gula – gula getah untuk mengantikan rokok.
  4. Elakkan membeli sekotak rokok.
    Dalam proses nak berhenti merokok, elakkan beli sekotak rokok seperti hari biasa. Kurangkan dari sekotak, anda hanya beli beberapa batang rokok sahaja dari hari ke hari. Jika anda berjaya lakukan setiap hari, lama kelamaan anda akan terbiasa tanpa rokok.
  5. Mandi dengan kerap.
    Kerap mandi jika anda strees dan berasa marah kerana tidak dapat merokok dan seringlah membasuh tangan.

Ingatlah bahawa rokok adalah racun yang berbahaya kepada diri anda dan orang sekeliling. Sayangilah nyawa anda dan keluarga, jadi ubah diri anda supaya berhenti merokok. Walaupun ada yang sudah mencuba untuk berhenti merokok tetapi ianya sekadar hangat-hangat tahi ayam hanya beberapa hari sahaja berjaya elakkan diri dari mengambil rokok. Harap perkongsian ini dapat membantu anda berhenti merokok. Jika gagal, terus cuba dan cuba lagi jangan pernah berhenti merokok walaupun ianya sukar.

Baca selanjutnya: Berhentilah Merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat