5 Tips Untuk Sambut Hari Lahir Anak


Mahu sambut hari lahir anak? Mestilah anda nak kan. Mesti anak anda happy kalau anda sambut hari lahir mereka.

Kita tak perlu buat sambutan yang besar-besar, buatlah sesuai bajet yang anda ada.  Minimumkan perbelanjaan anda.

Ikuti tips untuk sambut hari lahir anak anda.

1. Lokasi

sambut hari lahir

  • Cari tempat yang menarik dan cantik seperti dewan, restoran, taman permainan, tadika, ataupun di rumah anda sendiri.
  • Jika anak anda berada di taska atau tadika, minta izin dengan guru-guru mereka untuk adakan majlis di sana.
  • Anak-anak anda mesti suka sebab boleh sambut dengan kawan-kawan dan guru mereka.
  • Jika bajet tidak mencukupi, cukuplah dengan hanya mengadakan majlis di rumah sahaja.

2. Tema

sambut hari lahir sambut hari lahir

  • Tema bergantung kepada anak anda, tengok apa yang mereka minati.
  • Jika berkemampuan, boleh dipertimbangkan tema yang anak anda inginkan.

3. Bajet

  • Bajet amatlah penting.
  • Sebelum adakan apa-apa majlis sekalipun, buatlah kira-kira bajet anda terlebih dahulu.
  • Untuk mengelakkan berlaku sebarang pembaziran yang tak diingini.

4. Makanan

sambut hari lahir sambut hari lahir sambut hari lahir

  • Nama pun sambutan hari lahir, mestilah ada kek kan.
  • Sediakan menu utama, menu sampingan, pemanis mulut dan juga minuman.
  • Untuk yang tengah berjimat, tetapi nak juga buat sambutan hari jadi, kenalah masak sendiri.
  • Antara menu utama ialah bihun goreng, nasi goreng, mee goreng, roti jala, spaghetti.
  • Antara menu sampingan ialah nuget, kentang goreng, sandwich, kacang.
  • Antara pemanis mulut ialah gula-gula, agar-agar, aiskrim, kek.
  • Antara minuman ialah sirap, anggur, oren.

5. Gunakan sentuhan kreatif anda

sambut hari lahir

  • Masa-masa macam ni la anda nak serlahkan bakat anda dalam menghias ni.
  • Hiaslah ikut kreativiti anda, jika anda buat majlis di rumah.
  • Jika anda ada tema, hiaslah mengikut tema.
  • Gunakan belon, reben yang berwarna warni, bunga dan hiasan-hiasan yang lain.
Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat