Kenapa Game Wordle Viral ? Ini Pandangan Pakar Psikologi Tentang Game Yang Sedang Tular di Twitter


Pengguna Twitter pasti sudah cukup lali dengan tweet dari game Wordle iaitu petak-petak berwarna kelabu, kuning dan hijau di feed masing-masing.

Mula-mula rasa meluat pula bila tak faham apa maksud di sebalik petak-petak ni. Bila dah faham, kita pula terjebak untuk tunggu perkataan baru setiap hari !

Game Wordle mula popular pada awal tahun ini. Pada bulan November tahun lepas, game online ini hanya dimainkan oleh 90 pemain sahaja, tetapi kini ia berjaya menarik sehingga 3 juta pemain dari setiap hari !

Disebabkan demam Wordle di Twitter, pihak Twitter juga dilaporkan telah menghalang sebuah bot account yang memberi jawapan bocor untuk perkataan esok !

game wordle kini menjadi trend di kalangan pengguna Twitter

Asal Usul Game Wordle

Pengasas Wordle, Josh Wardle pada asalnya mencipta game ini untuk pasangannya yang cukup gemar game yang melibatkan perkataan seperti Spelling Bee.

Memandangkan game ini mulanya dicipta atas sebab peribadi, ia tidak direka untuk jana duit dan tidak mengandungi sebarang iklan.

Game ini juga tidak perlu dimuat turun. Hanya perlu dimainkan di browser sahaja. Ini merupakan satu lagi keistimewaan yang Wordle pegang sebagai antara game yang paling viral di sosial media ketika ini.

Macam Mana Nak Main Game Wordle ?

Game ni tak rumit mana pun. Matlamat pemain ialah untuk meneka perkataan yang terdiri daripada lima huruf dengan cubaan yang sangat terhad.

Petak kuning bermaksud huruf yang diteka ada, tetapi di posisi salah, petak kelabu bermaksud huruf yang diteka salah, petak hijau bermaksud huruf dan posisinya adalah betul.

Setiap pemain diberikan diberikan 6 cubaan dalam setiap game.

Lagi sikit cubaan, maksudnya lebih pandailah pemain tu teka perkataan harian yang diberikan.

Selepas selesai main, pemain boleh kongsi hasil game dengan grid berwarna tanpa huruf. Cara ini tak akan spoil perkataan harian dan akan wujudkan persaingan antara pemain !

Kalau nak cuba, boleh ke pautan ini : WORDLE

game wordle kini dimainkan oleh 3 juta orang dari seluruh dunia

Kenapa Game Wordle Viral ? Ini Pendapat Pakar Psikologi Tentang Game Ini

Bagi membongkar rahsia tarikan game yang sangat simple ini, Thi Nguyen, seorang doktor falsafah dari University of Utah tampil memberikan pendapat mengapa game ini boleh menjadi viral seantero dunia.

1. Visual Yang Ringkas Dan Mencetuskan Rasa Ingin Tahu

“Ciri-ciri Wordle yang paling bijak bagi saya ialah social media presence game ini yang cukup mantap. Ia mampu menghasilkan rekaan grafik yang boleh dikongsi.

Ia juga sangat ringkas dan menarik perhatian. Petak-petak yang tular di Twitter ini padat dengan informasi serta cukup untuk jelaskan cabaran yang dihadapi pemain”, ulas Thi Nguyen melalui bebenang di Twitter.

Sebagai pengkaji games, beliau juga tidak pernah jumpa game yang sangat kemas dan mampu memberikan sinopsis yang padat melalui grafik.

Petak-petak dengan tiga warna ini sekarang sudah menjadi trend yang tidak mampu dielakkan lagi di Twitter. Atas dasar rasa ingin tahu, orang pasti akan mencuba game ini untuk fahami maksud di sebalik petak-petak yang berlegar di feed Twitter masing-masing.

pengguna twitter teruja untuk kongsikan keputusan Wordle mereka setiap hari

Kredit Foto : Business Insider

2. Menawarkan Pengalaman Positif

Pakar psikologi, Lee Chambers pula menyifatkan Wordle sebagai game yang mampu memberikan pengalaman positif buat pemain.

Game ini merangsang kebolehan bahasa dan logik akal. Tidak hanya itu, ia juga dapat mencetuskan rembesan dopamine, iaitu hormon yang membuatkan pemain rasa gembira dan teruja”.

3. Membekalkan ABC of Human Needs

Profesor dalam bidang psikologi, Douglas Gentile yang juga merupakan pemain tegar Wordle akui game ini dapat membekalkan ‘ABC of Human Needs’ secara lengkap.

“ A merujuk kepada autonomi iaitu keinginan seseorang untuk kawal kehidupan. B pula merujuk kepada Belongingness. Apabila bermain game Wordle, pemain akan mudah rasa terkait dengan pemain lain.

C pula merujuk kepada Competence. Dengan bermain game ini pemain akan dapat rasa lebih gembira kerana dapat berkongsi kebolehan kepada orang sekeliling walaupun kecil.”

Ini membuktikan walaupun Wordle nampak ringkas, namun ia mampu memberikan impak yang besar bagi individu.

4. Membuatkan Pemain Teruja Saban Hari

Ciri unik Wordle yang membenarkan pemain untuk bermain sekali sahaja dalam sehari menambahkan lagi rasa keterujaan warganet seluruh dunia. Ini akan membuatkan pemain kekal untuk bermain dan tak sabar untuk nantikan perkataan baru esok.

5. Tidak Memerlukan Komitmen Masa Yang Banyak

Menurut pakar psikologi klinikal, Kelli Dunlap, berbanding game lain, Wordle tidak akan timbulkan rasa bersalah dalam diri pemain.

Rasa menyesal atau bersalah biasanya akan timbul jika masa dibuang pada perkara yang sia-sia seperti tidur dan bermain game.

Tetapi lain ceritanya dengan Wordle. Game ini tidak memerlukan komitmen masa yang banyak,kira-kira 3 minit sahaja dalam sehari. Ini akan membuatkan para pemain lebih setia untuk bermain kerana mereka boleh teruskan kegiatan masing-masing selepas habis bermain.

6. Dapat Berkongsi Pengalaman Bersama Pemain Lain

Disebabkan para pemain akan meneka perkataan yang sama, semua akan berkongsi pengalaman dan cabaran yang mereka hadapi ketika bermain game ini.

Sambil bersaing, para pemain dapat saling fahami kesusahan yang mereka alami. Perkara inilah yang akan mengeratkan hubungan antara para pemain.

Akankah Wordle Kekal Viral di Media Sosial ?

Agak sukar untuk tentukan berapa lama Wordle akan kekal popular dan releven di kalangan warganet. Terdapat banyak lagi game lain yang menawarkan kebaikan dari sudut psikologi yang mirip dengan Wordle seperti Crossword Puzzle.

Konsep game Wordle juga sangat mudah untuk ditiru dan diolah menjadi game lain.

Buktinya, terdapat lambakan game yang diadaptasi dari Wordle seperti Katapat (Wordle Bahasa Melayu), Mathler (Wordle versi Matematik) dan sebagainya.

Pasti ini akan menjadi saingan hebat untuk Wordle kekal bertahan sebagai game viral masa kini.

Di samping itu, Wordle kini sudah pun jadi hak milik The New York Times.

Jika The New York Times tidak lakukan penambahan pada game ini seperti menambah iklan atau menukar gaya permainan, pemain mungkin akan terus berikan sokongan pada game ini.

Tetapi harus diingat dunia digital ini sangat cepat berubah. Semuanya terletak kepada pengguna media sosial sama ada ingin kekalkan sesebuah trend yang berlegar atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat