Ketahui Punca-Punca Wanita Stress Dan Cara Pencegahannya – Daily Rakyat

Ketahui Punca-Punca Wanita Stress Dan Cara Pencegahannya

Sumber Rujukan : Fatin Hafizah

Perlu ketahui punca-punca wanita stress dan cara pencegahannya. Masalah kewangan, bebanan tugas di tempat kerja dan konflik rumah tangga antara punca wanita menghadapi masalah tekanan emosi.

Pengawai Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Rafidah Sadaruddin, berkata bebanan yang dihadapi wanita turut menyumbang kepada masalah lain, termasuk bosan, hilang minat dan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Katanya, setiap manusia mempunyai lima keinginan dan keperluan asa untuk hidup iaitu keberlangsungan kasih sayang, kuasa dan pencapaian, kebebasan dan keseronokan.
“Setiap individu mempunyai kebebasan, kebolehan membuat pilihan dan bertanggungjawab dengan pilihan yang dilakukan oleh mereka.”
“Bagaimanapun, jika diteliti banyak faktor menyebabkan wanita menghadapi tekanan, antaranya sikap pasangan, bebanan kerja, karenah anak, keadaan sekeliling sama ada di pejabat atau pun di rumah,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Rafidah menyampaikan ceramah pada Majlis Sembang Santai Psikologi Stress dan Emosi

Rafidah berkata, ada empat elemen mengatasi tekanan dengan mudah supaya wanita dapat menjalani rutin kehidupan dengan lebih tenang dan selesa.

Empat elemen atasi tekanan

Elemen itu merangkumi kehendak, hala tuju, penilaian, perancangan dan tindakan. “Memenuhi kehendak akan menggalakkan individu untuk mengenal pasti keinginan diri dan hala tuju dan perbutaan pula membolehkan wanita untuk memenuhi kehendak. ”
“Selain itu, penilaian pula menentukan hala tuju dan perbuatan dilakukan dapat memenuhi kehendak atau tidak dalam mencapai kehidupan yang diingini.”
“Perancangan dan pelan tindakan akan membuatkan individu dapat mengawal hidup mereka secara berkesan,” katanya.
Rafidah berkata, wanita boleh memilih apa yang mereka mahukan bagi mengurangkan tekanan emosi dan perasaan.
“Anda perlu merancang dengan sebaiknya untuk mengenal dan mengawal tekanan, sekali gus mencari jalan penyelesaian kaedah terbaik membendung masalah itu.”
“wanita seharusnya berfikiran positif dan membuang segala perkara negatif bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.
Beliau berkata, tekanan emosi juga cenderung dihidapi oleh wanita yang sudah berumah tangga dan bukan sahaja individu bujang.

Tonton video dibawah berkaitan dengan stress:

Sebarkan Artikel Ini
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
  • 1
    Share

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat