Badan Anak Penuh ‘Bintik’ Merah, Alasan Yang Diberikan Pengasuh Langsung Tak Masuk Akal!

Sumber Rujukan : Oh Bulan

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai keadaan tubuh badan seorang kanak-kanak yang kemerahan dan dipercayai berlaku angkara perbuatan guru di sekolah berkenaan. Ibu kanak-kanak ini yang menyedari kejadian itu kemudian bertindak menghubungi guru berkenaan untuk bertanyakan punca sebenar kejadian ini. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila jawapan yang diberikan oleh guru ini langsung tidak masuk akal.

Ajar murid pakai seluar

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Wanie Cho yang juga merupakan ibu saudara kanak-kanak ini menunjukkan perbualan di aplikasi Whatsapp antara ibu mangsa dan guru berkenaan. Berdasarkan perbualan itu, ibu mangsa dikatakan telah menghantar mesej kepada guru sekolah itu sebaik sahaja dia melihat keadaan belakang badan anaknya berbirat dan kemerahan-merahan. Tetapi apabila ditanya mengenai kejadian itu, si ibu tidak menyangka jawapan yang diberikan oleh guru berkenaan sangat tidak munasabah.

Menceritakan kisah itu, guru berkenaan memberitahu bahawa dia telah mengajar anak muridnya itu untuk memakai seluar dengan betul tetapi kanak-kanak itu enggan menuruti arahannya. Disebabkan itu guru tersebut terpaksa memeluk anak muridnya sehingga bahagian belakang badan kanak-kanak itu menjadi kemerah-merahan.

‘Cacat gila alasan dia’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat