Asal Usul Jalur Gemilang
Apa yang anda tahu mengenai sejarah bendera kita, iaitu Jalur Gemilang? Tahukah anda siapa yang mencipta bendera tersebut. Post kali ini kami kongsikan kepada anda semua sedikit sejarah mengenai bendera Malaysia kita.
- Dipilih ketika pertandingan mencipta bendera di peringkat kebangsaan pada 29 November 1949.
- Bendera ciptaan Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu seorang arkitek kerajaan Johor pada ketika itu telah dipilih sebagai pemenang.
- Penghasilan bendera itu dibuat dengan penuh semangat nasionalisme.
- Pada 26 Mei 1950 sejarah tercatat apabila Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat pertama kali di perkarangan Istana Sultan Selangor.
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu diubahsuai seiring dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan juga Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu selepas terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963.
- Sekali lagi sejarah tercatat apabila nama Bendera Malaysia ditukarkan menjadi Jalur Gemilang oleh Tun Dr. Mahathir pada 31 Ogos 1997.
- Setiap lambang dan warna yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri:
Mesti sekarang korang semua dah tahu kan pasal sejarah bendera kita. Jadi, hargailah bendera kita kerana ia sangat bermakna dan bukan senang untuk bendera tersebut dicipta.