Kisah Reunian Rakan Sekolah Yang Mempunyai Banyak Memori Manis Tetapi Pasti Mengalir Air Mata Kalau Tengok Gambar Terakhir
Di zaman sekolah kita biasa dengan jamuan kelas yang sering di ketuai oleh guru kelas, namun hal ini tidak seharusnya di hentikan setelah kita tamat zaman persekolahan. Perjumpaan bersama rakan rakan sekolah dulu patut di teruskan kerana ini menandakan persabatan kita masih kuat dan boleh berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing dan boleh sering memberi bantuan kepada rakan yang memerlukan. Di sini ada sedikit roda kehidupan yang ingin di kongsikan. Bermulanya setelah tamat zaman persekolahan.
5 tahun setelah tamat sekolah, kami berkumpul di meja makan, semuanya masih bujang lagi!
10 tahun kemudian, sudah perlu tempah dua meja makan. 1 meja makan untuk yang sudah ada anak, 1 meja lagi untuk yang masih bujang.
15 tahun kemudian, tetap lagi tempah dua meja makan. 1 meja untuk pasangan yang masih bertahan dari dulu, 1 meja lagi untuk pasangan yang baru berkahwin semula untuk kali kedua.
20 tahun kemudian, 1 meja untuk yang boleh minum alkohol, 1 meja lagi bagi yang tidak boleh minum alkohol.
25 tahun kemudian, 1 meja untuk yang masih di dalam negeri, 1 meja lagi untuk yang sudah menetap di luar negeri.
30 tahun kemudian, 1 meja untuk para vegetarian, 1 meja untuk yang masih boleh makan daging.
35 tahun kemudian, 1 meja untuk yang sudah bersara, 1 meja lagi bagi yang belum bersara.
40 tahun kemudian, 1 meja untuk yang masih mempunyai gigi, 1 meja lagi bagi yang sudah tiada gigi!
45 tahun kemudian, 1 meja untuk yang masih sihat dan boleh datang sendiri, 1 meja lagi untuk rakan-rakan yang perlukan bantuan untuk berjalan.
50 tahun kemudian, 1 meja dipenuhi oleh orang yang cakap boleh hadir dan betul-betul hadir, 1 meja lagi akhirnya kosong kerana orang yang cakap boleh hadir tetapi tidak hadir.
55 tahun kemudian, 1 meja untuk orang yang masih boleh hadir, 1 meja lagi dipenuhi dengan gambar orang yang sudah tidak boleh hadir lagi.
60 tahun kemudian, orang yang datang sudah tidak sampai 1 meja penuh lagi.
kehidupan ini sangat singkat, masa lalu hanya boleh dijadikan kenangan. Jika boleh berkumpul lah dengan rakan-rakan setiap tahun. Bertegur sapa dengan rakan dan bertanyakan kabarnya.
Mungkin kini kamu sedang sibuk dengan kerjaya kamu
Mungkin kini kamu sedang penat dengan kehidupan kamu
Mungkin latar belakang kehidupan masing-masing berbeza
Mungkin juga kamu semua memiliki sikap, selera dan lain-lain yang berbeza/
Meskinpun dunia dan masyarakat ini sering berubah,
tapi bagaimana pun.
Persaudaraan dan Persahabatan tidak boleh berubah!
Ingatlah persahabatan kamu yang tanpa perih, kamu semua berkawan bukan untuk mencari untung, melainkan untuk melangkah dan menjalani setiap tingkat kehidupan bersama-sama.
10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, bahkan 40 tahun telah berlalu.
Reunion bersama rakan sekolah pasti akan menjadi saat yang penting untuk kamu semua!
Imbas kembali memori bagaimana kamu dan rakan-rakan seperjuangan berusaha dan belajar bersama.
Mungkin kamu kenal rakan kamu hanya dalam lingkungan 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun atau berbelas-belas tahun di sekolah, tapi bagaimana pun kamu semua pasti sudah mengukir kenangan yang indah bersama mereka.
Zaman persekolah telah meninggalkan jejak masa muda kamu.. Bagi kamu yang sudah lulus, pasti memahami erti kehidupan menjadi sangat berbeda setelah meninggalkan zaman persekolahan.
Bila kamu masih bisa menghubungi rakan sekolah kamu yang dulu, hubungilah mereka, tegurlah mereka dan tanyakan kabar mereka.
Hubungan antara rakan sekolah adalah yang paling jujur, paling romantis, paling mengharukan, dan paling abadi..
Kamu gelak ketawa bersama, menangis bersama.. Berjuang bersama-sama, dan menderita bersama..
Tiada yang benar benar mengenali keperibadian dan segala masa lalu kami selain rakan sekolah..
Kepada rakan-rakan sekolahku yang tercinta,
Terima kasih diatas segala hal yang telah kita lalui bersama pada suatu ketika dahulu.
Semoga hidup kamu semua masih baik-baik saja sampai sekarang, dan semoga persabatan ini boleh berterusan dan bertahan sampai ke akhir hayat nanti!
Jadi Bagaiman?
Adakah anda rindu dengan rakan-rakan sekolah kamu yang dulu?
Jadi apa tunggu lagi, share la artikel ini dengan rakan-rakan tercinta.