6 Jenis Fobia Pelik, Mungkin Anda Alami Ketika Ini…


Setiap orang mungkin memiliki rasa ketakutan yang berlebihan atau fobia terhadap sesuatu perkara. Ini adalah perkara biasa sebagai seorang manusia. Tetapi di antara jenis fobia yang biasa dimiliki setiap individu, ada beberapa jenis fobia yang sangat  pelik dan ganjil, tetapi ianya mungkin dimiliki oleh kebanyakan orang.

Tak percaya? berikut merupakan enam fobia paling aneh yang mungkin anda miliki.

#1 Haphefobia

Penghidap Haphefobia akan berasa takut ketika disentuh oleh orang lain. Seseorang boleh mengidap Haphefobia ini sejak dilahirkan, sementara sebahagian lagi menderita rasa takut akibat trauma, ianya dirasa seperti pemerkosaan atau penderaan seksual. Penderita Haphefobia akan berasa panik jika disentuh, bahkan dalam beberapa kes ada pesakit yang dilaporkan tidak boleh bernafas dan juga berasa mual.

#2 Ergofobia

Ergofobia merupakan rasa takut yang irasional terhadap pekerjaan. Fobia ini menggabungkan perasaan rasa takut dan perasaan gagal dalam menjalankan tugas, serta rasa takut dari Ergofobia ditunjukkan di hadapan orang ramai. Mereka juga berasa takut untuk bersosial bersama rakan sekerja serta boleh mengalami tekanan mental disebabkan penderitaan fobia ini.

 

#3 Decidofobia

Menurut ahli falsafah Jerman, Walter Kauffmann, Decidofobia adalah rasa takut yang berlebihan ketika ingin membuat keputusan. Fobia ini muncul akibat seseorang itu takut dalam mencari kebenaran. Penderitaannya itu kemudian akan diserahkan kepada pihak yang berwajib dan bertanggungjawab  seperti orang tua, pemerintah atau golongan ulama untuk menentukan dan mencari kebenaran yang diyakini.

 

#4 Filofobia

Dari semua rasa ketakutan yang berlebihan, fobia yang satu ini amat menyedihkan kerana penghidap Filofobia menurut dari pakar, akan takut terhadap komitmen dan menjalinkan hubungan mesra dan akhirnya akan membawa kepada perasaan jatuh cinta. Biasanya Filofobia disebabkan oleh trauma pada masa lalu yang membuatnya tidak ingin lagi untuk jatuh cinta dan menjalinkan hubungan.

#5 Gephyrofobia

Penderita Gephyrofobia ini akan mengalami rasa takut yang melampau terhadap jambatan. Jika penghidap Gephyrofonia ini melihat jambatan atau melalui jambatan tersebut, mereka akan berasa sangat loya dan pening serta hilang keseimbangan badan. Kesan lain, mereka juga merasakan degupan jantung mereka berdebar-debar dan sangat laju.

#6 Nomofobia

Nomofobia merupakan rasa takut atau fobia yang berlebihan jika tidak memiliki akses terhadap telefon pintar, kehilangan signal atau kehabisan bateri. Meskipun hal ini belum diakui dari aspek perubatan, kajian yang dijalankan menunjukkan lebih dari 50% orang mengalami rasa takut jika kehilangan telefon pintar atau tertinggal di rumah. Adakah anda termasuk dalam golongan individu yang menderita Nomofobia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat