” Dik , tolong semak bacaan Al fatihah dgn tahiyyat akak boleh tak ” ?
” Adik ofis dekat kawasan ni ke?,”
tiba-tiba seorang kakak usianya kira2 hujung 40 an menegur aku seusai solat zohor tadi.
” Ha’ah kak… Kenapa yer?,” jawaku sambil bingkas bangun setelah siap memakai kasut.
” Ermmm…. Akak nak mintak tolong sikit sebenarnya, tapi akak seganlah.”
“Akak selalu nampak adik lalu2 kat sini. Sebab tu akak tegur adik ni. Tak tahu dah nak cakap pada siapa. Ofis akak sebelah tu. Staf semua bukan melayu. ,”
jelas akak tu pada aku sambil matanya memandang lantai.
” Ehhh… Tolong? Tolong apa kak? Kalau boleh saya tolong, saya cuba.,” jelas aku ringkas.
” Semak bacaan Al fatihah dengan tahiyyat akak boleh?,”
jawabnya pendek.
” Allah…. Boleh sgt kak. Boleh… Kita diri sana sikit. Sini org lalu lalang.,” jawabku sambil menunjukkan arah.
Akak itu mula membaca. Perlahan-lahan. Satu persatu.
Sayu suaranya. Suara ini rupanya yg waktu zohor, semua sibuk berkejaran ke kedai makan, tapi dia akan mengaji.
Dalam bacaan yg merangkak-rangkak. Namun usahanya boleh dipuji.
Aku perasan beberapa kesalahan pada bacaan tahiyyatnya. Tapi aku minta dia untuk teruskan.
Terus terang, aku sebak.
Sebabnya, suara akak ni semakin bergetar. Nadanya semakin hambar. Dia sedang menahan sedih yg sudah lama dipendam mungkin.
Dia juga sedang menahan pedih, segan pada aku.
” Ada beberapa kesalahan yg perlu akak betulkan. Akak bawa buku panduan solat, nanti sy tunjukkan. Kita boleh bincang di kedai makan atau lobi ofis saya.”, jelasku sedikit senyum.
” Akak malu dik. Dah lama akak tunggu nak tanya sesiapa. Sampailah aritu ada org tegur akak mengaji, sebab salah katanya. Seganlah akak dik, dah berumur mengaji pun tak pandai.
Biarlah akak terus terang, suami akak tak pernah ajar akak semua ni. Dia sibuk kerja. Sampaikan anak akak 4 org langsung tak diajar agama.
Harapkan sekolah jer. Akak siang kerja. Petang balik ambil anak, malam masak siapkan anak2. Tengok kerja sekolah. Basuh baju.
Teringin nak belajar macam orang lain. Tapi masa takde dik.
Sabtu ahad kena hantar anak tuisyen. Yang kecik tu takde org jaga. Akak pun tak tahu mcm mana kalau mati dik.
Berdosa akak..berdosa..berdosa… Selalu dengar orang cakap macam tu.
Bacaan solat salah. Dosa. Akak takut dik. Mati tu bila2…,” ujar akak tu panjang lebar.
” Allah….,” itu sahaja aku mampu luah dalam hati.
” Akak, dosa, pahala,syurga, neraka… itu semua Allah punya kak.
Akak baca terjemahan surah mula2 sekali, surah Al fatihah, semua cerita tentang kasih sayang Tuhan.
Tuhan itu sangat penyayang. Macam mana akak sayangkan anak akak tu, sanggup bergadai nyawa, Tuhan itu lebih lagi sayang pada akak.
Allah bukan melihat alasan, tetapi Allah ingin melihat kesungguhan. Pasal suami akak tu kita tolak tepi dulu.
Sekurang-kurangnya dia tak pernah larang akak solat kan?
So lepas ni, ada masa kita bincang lagi. ,”
jelasku sedikit memujuk bagi mematikan tajuk.
Kes ini banyak aku lihat dan dengar. Dalam inbox FB aku juga berpuluh kes begini malahan ada yg dahsyat lagi.
Bila kau jadi suami, jangan sibuk nak nerakakan isteri, seakan kau pemegang kunci syurga dan neraka.
Isteri dan anak ni saham. Samada untung atau rugi. Kalau untung, insyaallah suami juga untung. Andai sebaliknya, suami juga sebaliknya.
Tak payah sembang dosa pahala. Kau laksanakan tugas kau sebagai suami, sudah lah.
Dah kau lambakkan kerja dalam rumahtangga pada isteri, lepas tu isteri tolong lagi cari nafkah buat suami, tiba2 bila isteri tersilap, terus kau nerakakan isteri sendiri.
Jangan jadi bachul!! Jangan jadi bapuk!!
Ego yg Tuhan cipta dalam diri tu supaya kau tadbir keluarga. Disitulah gunanya. Bukan bermakna kau ada kuasa mutlak.
Tatkala kau gelar isteri kau derhaka!! Disebabkan perbuatan kau yg zalim pada keluarga, tatkala itulah kau telah menderhaka pada Tuhan!!!
Isteri dan anak adalah cerminan suami. Isteri dan anak adalah ‘ result ‘ untyk suami.
Jika baik resultnya, maka baiklah kita. Jika sebaliknya, kau faham2 sudah.
Sentap? Biarkan kita sentap harini. Biarkan kita nangis hari ni.
Jangan esok mati, malaikat maut sentap ruh kita dari jasad tanpa rasa simpati.
Disaat itu, kau menangislah air mata darah. Semuanya sudah jadi sejarah.
Bukan setakat kasihankan anak isteri. Kasihankan diri kau sendiri.
TOLONG Like, Komen dan Share kisah ini supaya terus memberi inspirasi.
—
Serius untuk belajar mengaji dari Asas?
Malu sebab dah tua-tua pun masih belum pandai mengaii?
Picit sini >> http://celik.onpay.my/order/form/kch