Biarkan Anak Tak Makan Berminggu-Minggu Hingga Tinggal Tulang, Alasan Sibuk Bekerja
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata bagi menghiburkan dan menceriakan hari-hari pasangan suami isteri. Setiap orang dikurniakan rezeki yang berbeza-beza. Ada yang sudah disahkan hamil walaupun baru sahaja berumahtangga.
Namun ada juga yang sudah lama berkahwin namun masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata. Tidak mengapa, bersabarlah, Tuhan pasti akan memberikan pada waktu yang tepat. Pada waktu dan ketika kita sudah betul-betul bersedia.
Namun begitu, ada juga pasangan suami isteri yang tidak mengambil endah akan anak-anak mereka. Dibiarkan anak yang lahir dari darah daging mereka sendiri seolah-olah tiada rasa tanggungjawab.
Biarkan Anak Tak Makan Berminggu-Minggu Hingga Tinggal Tulang, Alasan Sibuk Bekerja
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali dengan nama Dr Ana Yasmin menerusi Twitter pada December 2020 yang lepas. Berkenaan dengan ketidakkisahan ibu bapa terhadap darah dagingnya sehingga anaknya yang masih kecil itu tinggal tulang.
Menurut Dr Ana, ibu bapa kepada anak kecil tersebut terlampau sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anaknya. Lebih mengutamakan pekerjaan kerana anak kecilnya itu tidak diberi makan sehingga dua minggu. Sehinggakan anak yang tidak berdosa itu hanya tinggal tulang sahaja.
Anaknya itu telah dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri kerana tidak bertenaga. Anak kecil itu juga tidak boleh bernafas dan kadar degupan jantungnya juga semakin perlahan. Malah anaknya itu hanya dihantar ke hospital setelah dibiarkan pengsan dari petang.
“Kenapalah ada ibu ayah yang tak kisah pada anak sampai anak tinggal tulang. Bayangkan, anak tu nak gerak jari pun takda tenaga. Dia gerak mata je. Anak tu dah pengsan petang semalam, masih simpan di rumah. Tunggu tengah malam, taktau kenapa.”
“Bila tanya tak nampak ke anak tu makin kurus? Jawapannya: “saya kerja… Anak tak nak makan.. Saya nak buat apa?”
Dia tak rasa berat badan macam tu tak normal untuk anak.. 2 minggu anak tu tak makan..air je minum..Mak masih rasa ‘dia ok je’. Bila dah tak sedar diri baru nak bawa.
Bila tengok mak nya… Bergaya!
Bila dah tenat kat icu,
Tak sedar dah..
Mak baru sibuk tanya “boleh suap makan tak?”
Kenapa 2minggu lepas tak suapp???
Saya nangis geram..
tulis Dr Ana.
Kesiannya anak dia..
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, pelbagai komen yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang meluahkan rasa kasihan memandangkan anak itu adalah amanah yang Allah berikan.
“Kesiannya anak dia. Kan anak tu amanah yang Allah bagi”, tulis mommymonster
Tidak kurang juga ada yang terbayangkan anak sendiri apabila membaca kisah yang dikongsikan oleh Dr Ana ini. “Ya Allah, sedihnya terbayang-bayang anak sendiri. Besar mana budak tu dr?”, tulis ARemu.
Sebagai manusia yang mempunyai belas kasihan dan perasaan, pastinya kita tidak akan membiarkan anak daripada rahim sendiri sedemikian rupa. Entah ke mana hilang rasa kasih dalam diri ibu bapa anak kecil berkenaan. Semoga kita semua dijauhkan daripada bersikap sedemikian rupa kepada anak-anak kita sendiri.
Sumber: Twitter @anayasminazmi
Baca juga: BKM Fasa 4 Dipercepatkan, Boleh Semak Bayaran Mulai 15 November Ini