Didakwa Terima Bayaran 15 Juta, Anwar Tuntut Muhyiddin Tarik Balik Video
Selagi mana negara kita Malaysia mempunyai kerajaan dan pembangkang, selagi itulah pasti akan ada pelbagai cerita yang tidak enak didengar. Dan seperti mana yang kita ketahui, pihak pembangkang dan kerajaan tidak akan boleh berbaik, pasti ada kekecohannya.
Kekecohan tersebut tidak kira sama ada datang daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Apabila berlaku kekecohan ini, pasti heboh satu Malaysia.
Didakwa Terima Bayaran 15 Juta, Anwar Tuntut Muhyiddin Tarik Balik Video
Seperti mana yang sedang kecoh dan hangat diperkatakan saat ini adalah berkenaan dengan tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 itu meminta Tan Sri Muhyiddin menarik balik dengan serta merta video TikTok berkenaan dengan ucapan beliau ketika ceramah ‘Grand Finale Perikatan Nasioanal (PN) di Padang Serai baru-baru ini. Dalam ceramah tersebut, Anwar mendakwa Perdana Menteri yang ke 9 itu telah menfitnahnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengemukakan surat tuntutan kepada Tan Sri Muhyiddin hari ini melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners. Beliau turut menuntut Tan Sri Muhyiddin memohon maaf tanpa syarat di atas penerbitan video berkenaan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima bayaran RM15 juta sebagai penaishat ekonomi negeri Selangor.
Menurut surat tuntuntan tersebut, DS Anwar menyatakan, video didakwa menfitnahnya itu telah diterbitkan pada 5 Disember yang lepas melalui akaun di bawah nama @beritakini8. Turut menyatakan, kenyataan Muhyiddin dalam video tersebut tidak benar dan dibuat dengan niat jahat.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar juga menuntut pengerusi PN memadam atau menarik balik semua komen yang menyinggung perasaan Perdana Menteri baharu itu. Tan Sri Muhyiddin juga dikehendikai untuk memohon maaf tanpa syarat dalam cara yang diluluskan oleh peguam DS Anwar.
Turut meminta pihak TS Muhyiddin membuat satu aku janji bertulis untuk tidak mengulangi apa-apa dakwaan dan komen seperti mana dalam video TikTok berkenaan.
Jika gagal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dikenakan tindakan undang-undang
Jikalau Tan Sri Muhyiddin gagal berbuat seperti mana yang diminta dan dipersetujui oleh pihak DS Anwar, tindakan undang-undang akan dikenakan.
“Sekiranya Tan Sri gagal berbuat demikian, arahan kami adalah untuk memohon satu perintah injunksi dan meneruskan dengan tindakan perundangan. Anak guam kami juga mengarahkan kami untuk menuntut ganti rugi pampasan yang substantif atas apa yang dilakukan oleh Tan Sri sehingga menjejaskan reputasi anak guam kami dengan teruk sekali.”
“Selain itu, anak guam kami juga menuntut daripada Tan Sri, semua kos guaman yang berbangkit daripada perkara,”demikian menurut surat tuntutan itu.”
Walau apapun, semoga segala permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama. Semoga politik di Malaysia ini lebih sihat dan stabil.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Bawa Dadah Hampir 10 Juta, Suami Isteri Bersama Anak 8 Bulan Ditahan