“Sabar Ye Abang2 Semua. Sikit Lagi Kes Nak Selesai” – Netizen Malaysia Sibuk Jadi Peguam Siasat Kes Tangmo, Kesian Suami Kena Makan Megi


Insiden kematian pelakon popular Thailand, Tangmo Nida masih hangat diperkatakan di laman sosial sehingga ke hari ini.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, topik ini bukan sahaja menjadi tumpuan di Thailand, malah ia turut tular di kalangan netizen Malaysia.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai tanda solidariti netizen Malaysia terhadap kematian selebriti terbabit di samping mahukan pembelaan sewajarnya untuk mangsa.

Tahniah Netizen Malaysia !

Menerusi video yang dimuatnaik seorang pengguna Tiktok yuyueaziz, dia merakamkan terima kasih kepada warganet Malaysia di atas bantuan dan perhatian terhadap kes hangat ini.

“Tahniah netizen Malaysia yang tidak bergaji, pasal kalian, pihak polis Thailand semak balik video-video bukti, kalian memang hebat,” tulisnya.

kes tangmo

Kredit : TikTok yuyueaziz

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia turut menyifatkan perjuangan mereka sebagai semangat netizen serumpun.

“Bukan setakat Malaysia sahaja, Indonesia pun sama, kitakan satu rumpun,” komen salah seorang pengguna.

“Jangan main-main dengan netizen Malaysia, Israel pun boleh koyak, dibuat pula kes macam ini,” jelas pengguna TikTok lain.

Malaysia Hadir !

Walaupun insiden sudah berlaku lebih dari dua minggu lepas, netizen Malaysia dilihat tidak pernah terlepas daripada mengikuti perkembangan kes pembunuhan Tangmo hampir setiap hari.

Walau tidak memahami Bahasa Thailand, ia tidak menghalang netizen Malaysia untuk membanjiri ruangan komen berita siaran langsung dari negara tersebut.

Kredit : TikTok zieenice

Kesian Para Suami Yang Jadi Mangsa Dapur Tak Berasap Pasal Kes Tangmo !

Disebabkan kes Tangmo ini sudah berlarutan dengan agak lama, ia dilihat sedikit sebanyak telah membuatkan para suami netizen tempatan runsing.

Memang tidak dinafikan, kalau nak ikuti cerita Tangmo satu persatu memang tak boleh buat kerja lain ! Banyak sangat nak kena catch up ! Hari-hari ada saja spekulasi atau bukti baru ditemui !

Sebuah hantaran oleh pengguna Facebook Mizam Omar didapati mencuit hati warganet yang terjebak dengan kes Tangmo ketika ini.

kes tangmo dilihat menjejaskan para suami netizen

Kredit : Facebook Mizam Omar

Menerusi ruangan komen, warganet lain turut akui penangan kes Tangmo memberikan kesan dahsyat kepada mereka. “Selagi kes tak selesai, makan meggi dulu lah ya”, usik seorang netizen di ruangan komen.

kes tango dapat perhatian netizen sehingga ke hari ini

Saban hari, pasti ada saja maklumat dan spekulasi terbaru yang dirungkai oleh netizen Malaysia mengenai kes Tangmo Nida. Namun,kes ini katanya akan selesai tidak lama lagi. Benar atau tidak hanya masa yang boleh tentukan.

Mayat Tangmo Nida telah ditemui terapung di Sungai Chao Phraya setelah dilaporkan hilang melebihi 2 hari.

Tragedi ini menjadi tanda tanya orang ramai berikutan saksi yang mencurigakan serta bukti dan keterangan yang dilihat bercanggah. Sehingga ke hari ini, kes Tangmo telah menjadi perbualan hangat netizen Thailand serta negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat