Cikgu Cantik Ini Sanggup Habiskan Ratusan Ringgit Untuk Pelajarnya, Tapi Ini Hasilnya – Daily Rakyat

Cikgu Cantik Ini Sanggup Habiskan Ratusan Ringgit Untuk Pelajarnya, Tapi Ini Hasilnya

Sumber Rujukan : Ayuna David

Acap kali kita lihat pada masa kini, guru disaman kedua ibu bapa pelajar ataupun dimalukan oleh pelajar sendiri di arus media. Berikut merupakan luahan perasaan seorang guru yang sanggup menghabiskan sedikit gajinya untuk anak muridnya tetapi dibalas dengan pandangan negatif oleh sesetengah ibu bapa.

Cikgu Ayuna

Cikgu Ayuna

Saya seorang guru. Bukan ada elaun untuk stationary. Gaji sendiri juga diguna untuk didik anak-anak sekolah. Gaji sendiri diguna utk siapkan peralatan utk pertandingan diorang. Pekerjaan lain ada tak guna gaji sendiri utk beli tools kerja atau beli lampin utk pesakit?

Untuk memotivasikan murid yang rajin dan menunjukkan peningkatan dlm pelajaran, saya belanja ratusan ringgit untuk beli makanan dan hadiah berupa pensel warna, alat tulis dan apa-apa hadiah yang diingini oleh murid bila mereka mencapai target yang saya yakin mereka boleh capai.

Namun…. disebabkan saya cubit anak kepada seorang ibu ni sebab tidak memberi tumpuan dan tidak dapat menjawab soalan utk topik yang dah belajar selama 2 minggu, si ibu datang ke sekolah ckp ada saudara kerja polis, ada saudara kerja di jabatan pendidikan.

hancur punah niat baik sy nak mengajar anak parents yang mcm ni. Cikgu buat baik tidak pernah dipandang. Cikgu guna masa rehat utk latih anak diorg tidak pernah dipandang. Tidak pernah dapat ucapan terima kasih.

Tapi si ibu sanggup jalan kaki ke sekolah untuk tegur guru daripada menyentuh anaknya. Sebab niat untuk mendidik, sy cubit anaknya. Sekarang jangan salahkan cikgu jika anak anda tidak diberi perhatian lagi.
Anak si ibu tersebut adalah murid yang saya beri hadiah sbb dpt baca petikan bahasa inggeris.

Sekarang 5sen pun saya tak nak rugi. Sia-sia berbakti utk ibubapa dan anak yang terlampau manja tidak bertempat.

14102725_289151854784009_4852623236179459185_n

Daily Rakyat: Kami berharap Cikgu Ayuna bertabah dengan permasalahan ini. Jasa dan kerja keras cikgu adalah contoh yang baik untuk semua waga pendidik di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat