Honda Malaysia Tawar 50% Diskaun Baik Pulih Kenderaan Terlibat Banjir

Sumber Rujukan : worldofbuzz

Minggu lepas negara telah di kejutkan dengan satu tragedi banjir yang paling teruk pernah di rekodkan di Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, tragedi itu  juga menyebabkan semua lapisan masyarakat telah berganding bahu untuk menghulurkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Baru-baru ini, pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) telah mengumumkan yang akan mendermakan duit kemenangan Piala Malaysia untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir. Selangor juga dilaporkan telah menghantar 183 orang sukarelawan untuk membantu mereka.

Kini, syarikat gergasi Honda Malaysia juga turut turun padang untuk membantu mangsa banjir.

Dalam satu pengumuman yang telah di keluarkan dalam Facebook rasmi Honda Malaysia, mereka menyatakan akan memberikan 50% diskaun kepada pelanggan mereka yang terlibat dalam bencana alam itu. JIka kenderaan anda terlibat dalam banjir, Hoonda Malaysia telah menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan diskaun ini:

  1. Periksa keadaan kenderaan anda
  2. Buat laporan polis
  3. Sediakan satu salinan/ori nota perlindungan insurans
  4. Hubungi Service Dealer Honda berdekatan yang disahkan dan beritahu mereka keadaan kenderaan anda
  5. Tunda kereta anda ke Pusat Servis Honda yang berdekatan untuk di baiki

Selain itu, Honda Malaysia juga berkongsi tips jika kenderaan anda terlibat dalam banjir:

  • Jangan cuba untuk hidupkan enjin kenderaan anda
  • Buka pintu kenderaan anda secara manual menggunakan kunci dan elakkan mengunakan remote alarm untuk mengurangkan kerosakan bahagian elektronik
  • Cabut terminal negatif di bateri untuk potong bekalan elektrik daripada mengalir di dalam kereta
  • Buat laporan polis dan maklumkan kepada syarikat insurans anda
  • Keluarkan semua benda beharga daripada kenderaan anda
  • Kunci kereta anda secara manual dan tunda kepada ejen yang disahkan

Tawaran ini merangkumi semua kawasan yang terjejas dengan banjir, dan sah sehingga 28 Februari 2018.

Untuk makluman lanjut, anda boleh ke laman web rasmi mereka.

Dalam negara dilanda bencana, semua bangsa dari pelbagai lapisan masyarakat dapat bersatu untuk meringkan bebanan yang ditanggung. Inilah sikap yang mahu ditanam dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat