Cubaan Cabul dan Rogol di Stesen Minyak
Khamis, 13 Jun 2017 pada pukul 11.30 pagi telah berlaku kes cubaan rogol di stesen minyak Shell Batu 30, Machang Kelantan.
Mangsa yang masuk ke tandas untuk membuang air kecil telah memeriksa tandas-tandas untuk memilih tandas yang bersih, namun terdapat satu tandas yang berkunci (ada orang di dalam). Tiba-tiba ada seorang lelaki memanjat dari atas tandas itu dan terus menerkam mangsa yang sedang duduk membuang air kecil.
Lelaki yang hanya memakai baju sahaja (tidak memakai seluar) telah mencabul dan cuba merogol mangsa. Dalam keadaan menjerit dan meronta-ronta mangsa cuba untuk menelefon kakak ipar-nya untuk meminta tolong namun ditepis lelaki itu.
Jeritan mangsa telah didengari orang awam dan bergegas menolong mangsa. Orang awam telah mengepung suspek sementara menunggu pihak polis sampai. Mangsa yang terkejut dan muntah-muntah akibat trauma dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Alhamdulillah suspek tidak sempat melakukan perkara yang lebih teruk terhadap mangsa yang dapat menjejaskan masa hadapan gadis itu.
Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
“Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu.
“Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.
“Kalau fikir logik akal, boleh tengok video itu. Suspek tidak melawan, apatah lagi menutup muka dia. Ini kerana dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan. Mungkin tak ada rasa apa-apa.
“Saya wakil keluarga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa,” katanya.
Tip-tip Untuk Elakkan Menjadi Mangsa Rogol
Tolong teman adik-adik, akak, mak korang yang pergi ke tandas stesen minyak, RNR, masjid jangan biar pergi sorang-sorang. Ko bayangkan adik aku yang umur 20an pon boleh melawan sikit je kalau mak mak kita yg dah tua? adik2 baru belasan tahun? Tak tahu lah jadi ape.
Tolong jangan rasa bersalah untuk capai ape saje sebagai alat untuk mempertahankan diri. Gayung ke, getah paip ke, buat ape saja yang boleh melemahkan penyerang. Pesan-pesan lah pada ahli keluarga dan kawan-kawan sekarang ramai orang gila yang macam-macam.
Pesan pada ahli keluarga dan kawan-kawan, jerit mintak tolong dan sebut ancaman ape yang datang perogol ke peragut ke perompak ke PENTING supaya orang sekeliling alert.
Pengusaha-pengusaha stesen minyak atau pihak berwajib pastikan CCTV befungsi senang nak pantau dan ape-ape berlaku ada bukti waktu siasatan pihak polis lepas tu ruang pemisah antara tandas tu. Kalau perlu tutup terus atau pasang pagar supaya orang tandas sebelah tak boleh akses tandas sebelah.
TOLONG sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling kadang-kadang kita tak tahu suspek ni macam mana muke pijak semut pon tak mati!!!