Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri 2017
Bagi Lelaki yang ingin mendirikan masjid pada tahun 2017 sudahkah anda memahami apa itu Mas Kahwin ataupun Mahar? Mari kita bersama-sama memahami sedikit sebanyak apa itu mas kawin atau mahar.
Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan. Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri.
Nilai mahar di setiap negeri adalah berbeza. Di bawah adalah nilai mahar mengikut negeri sebagai panduan dan persedian awal bagi mereka yang ingin membina masjid pada tahun 2017.
Negeri | Nilai Bujang RM | Nilai Janda RM |
Johor | 22.50 | 22.50 |
Kelantan | Tiada ketetapan | Tiada ketetapan |
Kedah | Tiada ketetapan | Tiada ketetapan |
Kuala Lumpur | 80.00 | 40.00 |
Labuan | 80.00 | 80.00 |
Melaka | 100.00 | 100.00 |
Negeri Sembilan | 24.00 | 12.00 |
Pahang | 22.50 | 22.50 |
Perak | 101.00 | 101.00 |
Perlis | Tiada ketetapan | Tiada ketetapan |
Pulau Pinang | 24.00 | 24.00 |
Sabah | 100.00 | 80.00 |
Sarawak | 120.00 | 120.00 |
Selangor | 300.00 | 300.00 |
Terengganu | Tiada ketetapan | Tiada ketetapan |
*Tiada Ketetapan – nilai mas kawin akan ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui perbincangan bersama.
nilai mas kawin akan berubah dari masa ke semasa mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal suami untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan persediaan mas kahwin untuk diberikan kepada bakal isteri.