“Dia Sayang Kereta Dia..” Kereta Terbakar Di Tepi Jalan, Gelagat Pakcik Ini Buat Ramai Sebak


Di atas dunia ini, tidak semua manusia hidup dalam kesenangan. Ada manusia yang diuji dengan kesusahan. Dari awal dilahirkan hinggalah kepada dewasa dan tua, masih hidup dalam keadaan serba serbi kekurangan.

Kadangkala kesusahan tersebut bukan sebab tidak berusaha, namun mungkin itu adalah jalan cerita yang diatur oleh pencipta seluruh alam. Mahu tidak mahu, kita terpaksa redha. Akan tetapi, setiap kali mendapat sesuatu yang diimpikan dan sukar untuk didapatkan pasti gembira teramat sangat.

Sehinggakan, apabila sesuatu tersebut hilang, rosak, pasti berasa risau teramat sangat. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan barangan yang agak sukar untuk didapat seperti rumah dan kereta.

“Dia Sayang Kereta Dia..” Kereta Terbakar Di Tepi Jalan, Gelagat Pakcik Ini Buat Ramai Sebak

Seperti mana yang viral menerusi aplikasi TikTok, video yang memaparkan sebuah kereta Proton Saga lama milik seorang pakcik terbakar di tepi jalan. Kejadian tersebut cukup membuatkan orang ramai berasa sebak saat melihat gelagat dan kelakuan pakcik berkenaan saat keretanya mula terbakar.

Pakcik yang berbaju putih dan berseluar slek hitam itu, kelihatan seolah-olah enggan berganjak dari keretanya. Walaupun sudah keluar asap dari belakang kereta namun pakcik berkenaan berkali-kali menjenguk ke dalam kereta. Seolah-olah enggan jauh dan melepaskan keretanya.

Dalam kepanikan itu, datang seorang lelaki yang membawa alat pemadam api. Namun begitu, alat pemadam api yang kecil itu tidak dapat memadam api dari kereta yang kian membesar itu. Saat itu, melihat pakcik berkenaan mundar mandir dari kereta ke depan.

Mungkin tidak percaya, pada ketika dan saat itu, kereta yang membantunya menyari rezeki terbakar. Mungkin masih lagi terkesima dengan apa yang berlaku. Sungguh sedih, kereta pakcik berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana api kian marak.

kereta pakcik terbakar

Walaubagaimanapun, pakcik berkenaan sempat ditenangkan oleh mereka yang turut sama berada di lokasi kejadian.

Mesti kereta tu paling bermakna buat pakcik..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang meluahkan rasa sebak tatkala melihat video ini namun ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, mesti kereta tersebut paling bermakna buat pakcik ini.

“Mesti kereta tu paling bermakna buat pakcik. Semoga Allah ganti rezeki yang lebih bermakna buat pakcik”, tulis fazilabusri.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama memderma bagi membantu pakcik ini. “Minta jasa rakyat Malaysia derma bantuan kat dio, terduduk diam nasib orang-orang baik bantu kuatkan hati dia”, tulis Faiz Sri Aduka Pusaka

Tidak kurang juga, ada seorang pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama Nur Syuhaidah698 menyatakan pakcik yang dipanggil Pok Wei ini sangat sayang akan keretanya.

” Ya Allah Pok Weil, sokmo dia ambik upah mari hantar ikan kering. Dia sayang kereta dia tu. Allah”

Semoga pakcik ini bersabar dengan ujian tersebut. Semoga juga pakcik ini mendapat ganti yang lebih baik. Didoakan semoga setiap urusannya dipermudahkan dan dalam redha Allah senantiasa.

Kredit: TikTok Noorhabibimamat

Baca juga: Guna Gambar Anak Orang Tanpa Izin, Pihak Neelofa Hanya Diam Membisu Saat Ditanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat