Tips Ibu Mengandung Yang Wajib Anda Ketahui
Setiap insan yang mendirikan rumah tangga mempunyai impian dan cita-cita untuk menimang cahaya mata. Ada yang di anugerahkan cahaya mata di awal usia perkahwinan mereka dan tidak kurang juga ada yang dikurniakan cahaya mata pada lewat usia perkahwinan mereka. Namun apapun rezeki Allah S.W.T itu sangat luas. Jangan mengeluh bagi mereka yang masih belum menimang cahaya mata.
Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan bagi pasangan suami isteri apabila si isteri disahkan hamil lebih-lebih lagi anak pertama kan. Bagi mereka yang baru pertama kali melalui fasa kehamilan ini, mungkin banyak pantang larang atau tips yang masih mereka tidak ketahui untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Untuk bakal ibu di luar sana, semestinya anda ingin mengetahui serba sedikit ilmu semasa mengandung, di sini saya ada beberapa tips yang mahu dikongsikan bersama anda.
Tips Ibu Mengandung
1. Pemakanan
Semasa anda dalam fasa trimester iaitu 3 bulan pertama hamil, gejala loya dan juga muntah-muntah atau morning scikness sudah menjadi kebiasaan pada ibu yang hamil. Apabila anda mengalami gejala ini, banyakkan mengambil sayur-sayuran yang berdaun hijau. Sayuran yang berdaun hijau ini kaya dengan pelbagai zat yang baik seperti bitamin dan zat besi untuk anda dan juga kandungan disamping dapat mengurang rasa mual.
Produk-produk tenusu yang mana dihasilkan menggunakan susu juga harus di ambil dengan mencukupi untuk anda yang tengah hamil. Susu kaya dengan protein dan kalsium yang mana sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Protein yang mencukupi dapat membantu memulihkn sel-sel badan kita yang rosak dan dapat membantu dalam menguatkan otot-otot badan anda dan juga kandungan anda. Kalsium yang diambil secara mencukupi dapat menguatkan tulang-tulang anda dari mengalami osteoprosis dan juga membantu dalam menghasilkan tulang-tulang bayi dalam kandungan anda.
Pengambilan makanan dari jenis kekacang juga sangat dititikberatkan. Namapk je kecil molek kan, tapi kacang juga mengandungi banyak khasiat untuk badan anda dan juga kandungan anda. Sebagai contohnya kacang badam, kaya dengan Omega 3 yang mana dapat meningkatkan daya ingatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda.
Perkembangan otak anak-anak kita bermula seawal bayi dalam kandungan lagi. Zat-zat yang baik untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan harus dibekalkan dengan mencukupi untuk membantu perkembangan otak anak anda. Selain kekacang, makanan laut juga sangat kaya dengan Omega 3 yang sangat baik untuk perkembangan otak anda dan juga bayi dalam kandungan anda. Omega 3 ini juga dapat membantu meningkatan daya ingatan.
Kalau nak disenaraikan, terdapat banyak makanan yang baik untuk kesihatan anda dan juga kandungan anda. Lain orang, lain lah tips makanan yang dikongsikan. Yang paling penting, anda kenalah pilih makanan yang betul-betul berkhasiat dan sesuai untuk kita. Elakkan dari mengambil makanan yang kita ada alahan padanya.
2. Amalan Semasa Mengandung
Terdapat banyak amalan-amalan yang telah digariskan dalam Islam bagi golongan ibu yang hamil. Amalan ini sebaik-baiknya dijadikan sebagai amalan atau rutin harian anda. Apakah amalan-amalan itu?
- Sentiasalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T kerana semasa mengandung, emosi ibu yang mengandung kadang-kadang tidak menentu.
- Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala urusan kita dan sentiasa dalam keadaan selamat.
- Jaga solat fardhu, perbanyakkan solat sunat dan banyakkan berzikir.
- Banyakkan membaca Al-Quran. Sebaiknya membaca Al-Quran bersama pasangan.
- Kerapkan berbual-bual dengan bayi dalam kandungan.
- Sentiasa mengawal emosi dan adab apabila bersama pasangan bagi memastikan anda sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak mudah untuk tertekan.
Semoga perkongsia sedikit tips ibu mengandung ini dapat membantu anda dalam menjaga kesihatan anda dan juga kandungan anda. Elakkan diri dari mudah tertekan dan paling penting, enjoy your pregnancy.