Khalid Ismail Orang Kelantan Pertama Yang Muncul Dalam Talkshow Popular Di Korea


Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia telah muncul dalam sebuah rancangan TV di Korea iaitu 비정상회담 yang ditayangkan di sana. Pihak mubako berjaya mendapatkan individu bernama Muhamad Khalid bin Ismail yang telah mengharumkan nama Malaysia di Korea untuk menemuramah beliau.

Tonton rancangan penuh dengan klik link di gambar ini

Diharapkan kisah beliau dapat menjadi inspirasi kepada semua rakan-rakan mubako untuk menguasai bahasa Korea seperti beliau di samping mengharumkan nama negara berdasarkan kapasiti yang kita ada.

 

Mubako: Salam, boleh Saudara Khalid perkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang pengalaman selama hampir 10 tahun di Korea?

Khalid : Salam.

Nama saya Muhamad Khalid berasal dari Kampung Padang Bongor  Kota Bharu Kelantan, menamatkan pengajian menengah di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sebelum saya menyambung pengajian saya di Korea pada tahun 2007 setelah mendapat tajaan JPA. Tahun pertama di korea, saya berpeluang untuk belajar bahasa korea selama setahun di pusat bahasa SNU sebelum saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma DMU(2tahun) and 2 tahun seterusnya di Korea Uni untuk melengkapkan perjalanan saya sebagai pelajar tajaan JPA.

khalid ismail

Saya memperolah ijazah sarjana muda mechanical engineering pada Februari 2012. Sebelum tamat belajar di universiti, saya rasa berat hati untuk meninggalkan korea setelah 5 tahun di sini dan sudah rasa jiwa saya sebati dgn orang disini dimana rakan-rakan saya kebanyakannya terdiri dari kalangan orang korea.

Jadi, semasa semester akhir, saya banyak mencuba nasib menghantar resume untuk mencari kerja dimana seingat saya lebih dari 40 permohonan kerja dihantar, tetapi lebih dr 70% ditolak kerana mungkin majikan tidak memerlukan pekerja warganegara asing.

Setelah berpuluh2 kali mencuba alhamdulillah saya mendapat panggilan bekerja di beberapa syarikat terkemuka korea dan akhirnya saya memilih untuk memulakan karier pertama saya di Samsung C&T setelah mimikirkan beberapa faktor di mana Samsung sangat dihormati di korea dan saya memikirkan jika saya bekerja di sini selama beberapa tahun mungkin lebih mudah untuk saya menukar kerja di tempat lain pada masa hadapan.

Di Samsung, saya ditempatkan dia bahagian tech. business dev untuk project LNG dan perlombongan, dimana saya bertanggung jawab untuk mencari prospect project baru dan juga membida project. Kehidupan saya sebagai student dan pekerja sangat berbeza di mana kehidupan student lebih enjoy berbanding kehidupan sebagai pekerja yang lebih stress.

Hidup di Korea sgtlah berbeza kalau anda betul-betul bekerja dgn korean dan disitulah baru kita tahu bukanlah best sangat pun tinggal kat korea. (gelak)

Mobako : Status saudara sekarang?

Khalid : Officially single but I would say in relationship?

Mobako : Baru-baru ini, saudara Khalid turut terlibat dalam sebuah rancangan di Korea yang diberi nama 비정상회담. Boleh ceritakan rancangan ini mengenai apa? Dan bagaimana saudara boleh terlibat?

13124854_527149297485720_2871090163585442817_n

Khalid : Rancangan ini adalah sejenis rancangan talk show menggunakan konsep forum/summit dimana setiap panel mewakili negara masing-masing dan di pengerusikan oleh negara tuan rumah iaitu Korea. Panel-panel ini membincangkan tentang pelbagai isu dan topik diberi berdasarkan pandangan masing2 dalam suasana santai menarik dan mencuit hati. Setiap panel mempunyai latar belakang negara dan budaya yg berbeza.

Di dalam show ini juga ada part untuk memperkenal sesebuah negara & budaya dimana setiap episod akan dijemput seorang tetamu dari negara terlibat dan saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi malaysian representative dan mempekenalkan Malaysia dan budaya kita kepada penonton.

Saya terlibat dalam program ni setelah kawan korean saya yang juga peminat program tersebut mencadangakan saya untuk muncul dalam rancangan tersebut kerana tertarik dengan gaya percakapan korean saya yg santai (seperti korean) dan mencuit hati dan suka berseloroh dalam bahasa korean (yang jarang dilakukan oleh orang asing).

So saya bergurau dengannya kalau dia boleh kenalkan saya dengan produksi program tersebut and tak sangka pulak saya dia betul-betul work on it. Tidak berapa lama kemudian saya dapat call dari produksi untuk datang ke uji bakat dan alhamdullillah saya terpilih setelah mereka tertarik dengan kepetahan saya berbicara dalam bahasa Korea.

diambil oleh Khalid Ismail di Gangnam district, Seoul berlatarkan Samsung Group Head Office pada 2017 Feb 20)

Mobako : Boleh kongsikan pengalaman sewaktu penggambaran? Bagaimana perasaan saudara sebelum, semasa, dan selepas sesi penggambaran?

Khalid : Sebelum pergambaran tu rasa teruja juga la sebab belum pernah dalam hidup dapat peluang seperti ini. Lagipun saya ni dari dulu sampai sekarang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk muncul di tv. Jadi, perasaan ingin membuat terbaik berkobar-kobar dalam diri kerana inilah peluang untuk saya kenalkan Malaysia kepada orang Korean.

Pada awalnya, rasa nervous sangat sebab that was my first time in front of camera in my whole life. Dan saya rasa bagi yang menonton rancangan ini tempoh hari pun boleh nampak dari raut wajah saya ketika itu. Tapi lepas dah get used and rasa confident, barulah keluar bahasa-bahasa seperti 여보세요 yg selalu menjadi tabiat saya dalam perbualan dan semuanya mula menjadi lebih natural.

Selepas sesi penggambaran mesti lah rasa lega sebab one of the big task dah selesai. Tapi still rasa terkilan sebab saya rasa boleh buat lebih baik lagi kalau tak nervous and i do think the quality of my korean pun tak pada tahap yang sepatutnya masa tu sebab terlampau nervous. Kalau diberi peluang lagi, insyaAllah saya boleh buat lagi baik sebab dah ada pengalaman.Saya harap boleh dapat peluang lagi untuk berada di depan kamera dan terlibat dalam TV show. Kalau pihak mubako sendiri ada tawaran apa salahnya untuk bagi saya mencuba nasib. (gelak)

khalid ismail

Mobako : Apakah rancangan saudara untuk masa akan datang?

Khalid : Memandangkan saya baru saya berhenti kerja di samsung, buat masa ini, saya ingin berehat seketika sambil mencari idea untuk cuba nasib dalam bisnes sendiri berorientasikan trading.

Saya ada cita2 untuk jadi supplier barang korea ke malaysia and vice versa. At the same time, maybe i would do some selective guide service in korea after obtaining a license from Korean government.

Jadi, siapa-siapa ada plan nak datang Korea and really want feel actual korean culture, feel free to contact me for guidance service. I’ll show you the real korea from korean point of view not foreigner point of view. (senyum)

Last but not least, saya pun ada terfikir nak sambung MBA tahun depan untuk polish pemahaman saya dalam bisnes selain belajar dari sifu-sifu yang dah berjaya dalam bisnes.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Mobako : Saudara Khalid berbahasa Korea dengan begitu baik sekali. Boleh kongsikan tips-tips menguasai bahasa Korea kepada pengikut page mubako?

Khalid ; Jujurnya, saya masa belajar korea kat pusat bahasa bukan cemerlang sangat, tapi belajar bahasa ni bukan setakat dalam kelas sahaja. Saya percaya belajar bahasa ni merupakan proses yang panjang dan memerlukan kita untuk berlatih dan terus berlatih. Untuk berlatih pula, kita perlu seseorang yg memang faham bahasa tersebut lah kan. Kalau bahasa Korea, tentulah orang Korea.

Jangan malu-malu untuk bercakap dalam bahasa korea walaupun salah. Kalau salah nanti ada la org betulkan, dan pasti kita akan ingat kesalahan tersebut dan pastikan kesalahan yang sama tidak berulang.

Satu lagi, cuba befikir terus guna bahasa tersebut, contohnya kalau nak makan apa hari ni, cuba biasakan diri berfikir guna bahasa Korean dan itulah tabiat saya sejak dari dulu. Inilah yang membolehkan kita bercakap dgn lancar dan tak perlukan lagi masa untuk berfikir dan menterjemah bahasa kerana otak kita dah terbiasa dengan bahasa Korea itu sendiri.

13138989_527149287485721_2152053082854855659_n

Mobako : Akhir sekali? Kalau Saudara Khalid ada nasihat untuk dikongsikan dengan warga mubako dan orang ramai?

Khalid : Kalau anda ada impian, kejarlah impian anda. Usah pedulikan kata-kata sinis sebab it’s our life and we live it not them.

Mobako : Terima kasih Khalid. Semoga terus sukses

Khalid : Sama-sama, saya juga doakan agar mubako terus maju di masa hadapan

 

Satu komen untuk “Khalid Ismail Orang Kelantan Pertama Yang Muncul Dalam Talkshow Popular Di Korea”

  1. Lailee says:

    Saya bangga dengan pencapaian saudara Khalid. Semoga kisah saudara ini dapat membakar semangat anak anak muda kita untuk mengembangkan sayap mereka dan tidak tertumpu di dalam negara sahaja. Dalam masa yang sama bolehlah saudara menunjukkan kehebatan diri sebagai seorang anak Melayu dan Islam kepada dunia bahawasanya kita memang boleh maju jika kita mahu berusaha dan ikhlas. Itulah apa yang saudara paparkan.

    Semoga saudara berjaya dalam segala yang saudara kerjakan dan semoga impian tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat