Guna Gambar Anak Orang Tanpa Izin, Pihak Neelofa Hanya Diam Membisu Saat Ditanya


Zaman sekarang, zaman viral. Orang yang disayang boleh jadi dibenci, orang yang tidak disukai boleh jadi disukai. Orang yang tidak kenal, boleh jadi terkenal hanya dengan kuasa viral ini. Semakin hari, semakin banyak isu-isu viral yang menghangatkan dunia sosial media.

Ekoran keviralan itu juga, segala kesalahan dan perkara yang disembunyikan dapat diketahui kebenarannya. Segala perkara yang remeh jadi bualan. Segala perkara yang dibuat, ditunjukkan dan dibawa oleh para artis juga menjadi gurauan.

Seperti mana kejadian gambar anak bekas pengacara Meletop, Neelofa yang sebelum ini tular di media sosial. Ekoran itu, ada netizen yang menjadikan gambar tersebut sebagai gurauan dan mengedit gambar Bilal.

Guna Gambar Anak Orang Tanpa Izin, Pihak Neelofa Hanya Diam Membisu Saat Ditanya

Perbuatan tersebut cukup mengecewakan dan membuatkan Neelofa sedih. Namun begitu, seiring dengan isu viral ini, timbul pula kisah lain, di mana pihak Neelofa telah menggunakan gambar anak orang tanpa izin.

Pihak Neelofa Hanya Diam Membisu Saat Ditanya

Menerusi aplikasi Twitter, seorang individu yang dikenali dengan nama Ainakhairilanw1 telah mendakwa apa yang dihadapi oleh Neelofa pada saat ini adalah karma buatnya. Pada 8 Oktober yang lepas, Aina mendakwa, Neelofa pernah menggunakan gambar adiknya yang masih kecil pada poster Kasih Neelofa tanpa kebenaran dari pihak keluarga. 

Namun apabila diminta penjelasan dari pihak Aina sekeluarga, pihak Neelofa hanya diam membisu. Menurut Aina lagi, dia mempertahankan adiknya memandangkan sebelum ini perkara sebegitu pernah berlaku.

“how funny simply simply guna gambar anak orang tanpa parent’s permission astu semua family mesej minta penjelasan cara baik tapi tak di balas astu terus padam, kalau jadi kat anak sendiri baru tau, I defending my brother sebab gambar ni dah lama jadi lepas lima tahun jadi balik.”, tulis Aina.

Menurut Aina lagi, adiknya itu tidak mengetahui apa-apa namun tiba-tiba gambar miliknya diambil untuk wakaf. Demi keselamatan ahli keluarganya, pihak Aina meminta tolong pihak berkenaan tampil memberi penjelasan.

“Dia tak tahu apa apa tiba tiba gambar kena ambil buat wakaf bagai. Tolong bagi penjelasan dan jangan guna atas kepentingan sendiri. Kami berhak tau untuk keselamatan ahli keluarga kami sendiri.” 

Dalam IG kasihneelofa masih ada gambar ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan pendapat yang ditinggalkan oleh para netizen. Ada yang menulis di ruangan komen, menyatakan gambar berkenaan masih ada dalam Instagram Kasih Neelofa dan kalau di negara luar, tidak boleh sesuka hati ambil gambar orang dan dijadikan poster.

Tidak kurang juga ada yang mention nama Neelofa dan memintanya menerangkan perkara yang terjadi ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen mendoakan agar keadilan berpihak kepada yang benar.

Semoga isu penggunaan gambar anak orang tanpa izin daripada pihak Neelofa dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan secepatnya. Soal sebegini jangan dipandang reneh. Gambar ahli keluarga kita, perjuangkanlah demi keselamatan bersama.

Sumber: Aplikasi twitter Ainakhairilanw1

Baca juga: Didakwa 5 Pertuduhan Amang Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat