Jack Ma, Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Mengakui dan Memuji Kecekapan Kerajaan Malaysia
22 Mac 2017 – Jack Ma selaku Pengasas dan Pengurusi Eksekutif Alibaba Group, mengakui dan memuji kecekapan kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berjaya mengambil masa hanya selama empat bulan untuk merealisasikan Zon Perdaganan Bebas Digital(DFTZ).
Jack berkata, DFTZ merupakan hab ekonomi digital yang pertama dilancarkan di dunia pertama dilancarkan di dunia di luar China, malah idea untuk menubuhkan hab tersebut telah disimpan olehnya selama 10 tahun sebelum ini.
“Sebelum saya berjumpa dengan Najib, saya telah membentangkan idea ini kepada pemimpin negara Eropah dan Asia yang lain tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana pelbagai karenah birokrasi dan lain-lain isu.”
“Saya hanya berjumpa dengan Najib selama 10 minit kira-kira empat bulan lalu dan saya sendiri tertanya-tanya sama ada DFTZ dapat direalisasikan atau tidak.”
“Hari ini DFTZ telah dilancarkan secara rasmi dan ini membuktikan kerajaan Malaysia cekap dan mesra perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran DFTZ.
Sementara itu Ketua Pengawal Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood berkata, sebanyak 60,000 peluang pekerjaaan baharu dijangka diwujudkan di negara ini melalui DFTZ.
Selain itu katanya, pemain industri halal juga berpeluang untuk mengembangkan pasaran mereka ke peringkat global melalui medium yang disediakan oleh DFTZ.