Apa Hukum Pondan Mengerjakan Umrah atau Haji
Malaysia kini dikejutkan dengan satu berita panas mengenai beberapa individu pondan yang mengerjakan umrah. Berita tersebut kian hangat apabila individu berkenaan memuat naik gambar dengan memakai telekung dan berpakaian seperti perempuan tetapi sebelum berangkat mengerjakan umrah individu terbabit masih berpakaian lelaki.
Mengerjakan umrah atau haji berdasarkan hukum asal individu terbabit
Persoalannya adakah sah umrahnya? Sah sekiranya dia mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina. Jika mereka pondan sekalipun mereka masih boleh mengerjakan umrah sekiranya mereka mampu. Tetapi wajib mematuhi dan menghormati kesucian Tanah Suci dengan memakai pakaian yang sopan serta mengikut fitrah kejadian, yakni berdasarkan hukum asal mereka iaitu lelaki bukan wanita.
Sekiranya mereka mempunyai payudara tiruan dan bimbang dilihat oleh orang awam ketika berihram, mereka wajib memakai bengkung yang tidak berjahit. Selain itu golongan pondan atau mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki dan menggunakan tandas lelaki.