Anak Kecil Gigi Dah Rosak! Apa Puncanya? Ala Gigi Susu Je Kan?

Sumber Rujukan : Dr Afida Sohana

Anak kecil gigi dah rosak! Apa puncanya? Ala gigi susu je kan?

Sebab yang paling utama adalah nursing botttle caries. Sebar ilmu untuk elakkan perkara ini terjadi pada anak-anak kecil kita yang comel.

Kenapa penting jaga gigi susu? Sebab semua gigi depan akan tumbuh semula hanya pada umur sekitar 7 hingga 9 tahun. Kalau 2 tahun gigi dah rosak?

5 tahun tiada gigi depan maka anak-anak mungkin terjadi begini :

  1. Tidak boleh makan dengan betul.
  2. Pembelajaran sebutan huruf terganggu.
  3. Self esteem dan psikologi kanak-kanak merudum.

Nursing bottle caries ni biasa terjadi pada gigi depan atas dan gigi geraham bawah kanak-kanak. Biasa berlaku jika tidur dengan susu atau minuman manis. Jika tidur 8 jam, macam makan gula-gula selama 8 jam!.

Gula pada minuman akan menyebabkan bacteria menyerang gigi dan menghasilkan gigi dan menghasilkan karies gigi. Bukan sahaja karies. Bengkak dan infeksi juga boleh terjadi.

Lagipun kanak-kanak boleh tersedak semasa tidur jika diberi susu botol sepanjang malam. Ia boleh mengakibatkan kematian jika kita tidak sedar!. Mengapa ambil risiko semata-mata tidak tahan mendengar anak menangis di waktu malam.

Kesian pada kanak-kanak yang makanan terganggu sepanjang 5 tahun pertama kehidupan dimana ia paling kritikal semasa pembesaran. Nutrisi,pertuturan dan psikologi terbantut disebabkan masalah yang di pandang remah ni.

Jika gigi susu tiada akibat dicabut, gigi akan bergerak dan tidak cukup ruang untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu penting sebagai precursor dan space maintaner untuk gigi kekal. Jadi gigi susu tidak dijaga akan menimbulkan masalah dimasa hadapan.

Jumpa doktor gigi untuk tampal gigi atau fisure sealant untuk mengelakkan karies gigi terjadi. Tapi bukankah mencegah lebih baik? Kesian kanak-kanak trauma jumpa dentist sebab kita tidak menjaga gigi mereka dari awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat