Komen Tentang Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (lppsa) 2015


Putrajaya_Malaysia_Bahagian-Pinjaman-Perumahan-and-Perbendaharaan-Malaysia-01

KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015

Akta ini digubal untuk memberi kuasa kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) segala urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada kakitangan awam.

Akta ini diwartakan pada 4 Jun 2015, tetapi hanya akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016.

Setelah meneliti keseluruhan seksyen yang terkandung di dalam Akta ini, saya akan highlightkan beberapa peruntukan yang saya fikir harus diketahui oleh semua rakyat Malaysia amnya dan seluruh kakitangan awam khasnya.

Untuk posting kali ini, saya hanya bercadang untuk highlightkan 3 komen utama saya sahaja terhadap Akta tersebut.

1. Akta ini dilihat memberi kuasa kepada Menteri secara lansung dalam urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan, pelaburan dan kewangan LPPSA.

Menteri yang dimaksudkan dalam Akta ini adalah merujuk kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab Kewangan. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Menteri”)

Daripada semakan saya, terdapat lebih daripada 10 keadaan di dalam Akta ini yang memberi kuasa secara lansung kepada Menteri. Antaranya:-

– Kuasa untuk menentukan tarikh kuatkuasa Akta ini (Seksyen 1(2))

– Kuasa untuk menetapkan tarikh perletakhakkan kuasa, obligasi dan liabiliti LPPSA (Seksyen 4(1)

– Kuasa untuk menentukan fi dan caj yang boleh dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LPPSA              (Seksyen 7(3))

– Kuasa untuk melantik Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 8(2))

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

– Kuasa untuk menentukan elaun Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 10)

– Kuasa untuk membatalkan perlantikan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 11)

– Kuasa untuk melantik CEO LPPSA (Seksyen 18(1)

– Kuasa untuk membuat dasar mengenai kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan awam (Seksyen 21)

– Kuasa untuk meluluskan cadagan pinjaman oleh LPPSA (Seksyen 32)

– Kuasa untuk meluluskan pelaburan oleh LPPSA (Seksyen 33)

– Kuasa untuk memberi arahan kepada Lembaga (Seksyen 36), dan lain-lain lagi kuasa yang berkenaan.

Pendek kata di dalam Akta ini, Menteri dilihat mempunyai kuasa executive dlm menentukan perkara-perkara asas terhadap perlaksanaan Akta ini.

2. Akta ini memberi kuasa yang luas kepada LPPSA untuk melakukan segala perkara yang perlu atau sesuai bagi tujuan perlaksanaan fungsi LPPSA tersebut. (Sila rujuk Seksyen 7)

Kuasa tersebut termasuklah kuasa untuk menggunakan semua harta LPPSA mengikut cara yang sesuai dan menggadaikan /mensekuritikan harta LPPSA tersebut bagi tujuan mendapatkan wang atau membuat pelaburan yang bersesuaian. (Sila Rujuk Seksyen 7(2))

Perlu diingat, Harta dalam Akta ini antara lainnya termasuklah merujuk kepada Hartanah yang digadaikan oleh kakitangan awam kepada LPPSA atas pembiayaan yang diberikan, di mana LPPSA sebagai pemegang gadaian yang mempunyai hak dan kepentingan terhadap Harta tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Harta”)

Dalam bahasa mudahnya, semua hak dan kepentingan LPPSA terhadap hartanah milik peminjam yang digadaikan kepada LPPSA adalah dianggap sebagai Harta LPPSA dan ianya boleh digunakan oleh LPPSA untuk sebarang tujuan yang difikirkan bersesuaian dengan fungsi LPPSA termasuklah untuk melaburkannya dalam pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta.

lppsa

3. Akta ini juga menyatakan bahawa, mulai daripada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri (dalam konteks ini merujuk kepada tarikh kuatkuasa Akta ini, iaitu mulai 1 Januari 2016), semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liability Kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam sebelum ini akan diletakhakkan (dipindahhakkan) sepenuhnya secara otomatik kepada LPPSA. (Sila Rujuk Seksyen 4)

Ini termasuklah segala urusan berkaitan dengan pengurusan, pentdbiran, perjanjian, dokumentasi guaman, prosiding perundangan dan semua perkara yang di bawah obligasi dan liabiliti Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbedaharaan Malaysia sebelum ini, akan diserahhakkan kepada LPPSA, seolah-olah LPPSA adalah pihak yang sah terhadap perjanjian atau dokumentasi guaman tersebut, tanpa perlu LPPSA memberi notis kepada mana-mana pihak atau tanpa perlu mendapatkan sebarang perintah Mahkamah terhadap perletakhakkan tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 4 (3),(4),(5) dan (7))

Dalam bahasa mudahnya, mulai 1 Januari 2016, semua perkara yang berkaitan dengan BPP adalah secara otomatiknya dipindahkan kepada LPPSA sepenuhnya dan akan menjadi urusan LPPSA serta tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sebagaimana yang termaktub dalam Akta LPPSA.

#Artikel ini ditulis oleh Salkukhairi Abd Sukor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat