Petua Hilangkan Resdung Secara Tradisional
Resdung merupakan sejenis penyakit rongga sinus mengalami keradangan disebabkan jangkitan kuman. Sebenarnya, resdung adalah rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung dengan melalui saluran saluran kecil. Untuk mengenal pasti anda menghidap resdung, kebiasaanya anda akan selalu bersin, dengkur yang sangat kuat, batuk, demam, gatal hidung serta sakit kepala terutama pada waktu pagi. Oleh itu, digalakkan membuat rawatan segera sebelum ia menjadi lebih teruk. Terdapat beberapa petua hilangkan resdung secara tradisional boleh digunakan.
Hidrasi
Banyakkan minum air mineral dalam harian anda. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman yang manis dan paling penting jangan merokok. Hal ini kerana zat yaang terdapat pada minuman itu menyebabkan lendir menebal dan pada masa sama ia tersumbat pada saluran pernafasan.
Sedut wap air yang hangat
Rebus air mengikut saiz bekasyang digunakan dan campur dengan air garam sehingga mendidih. Selesai merebus, letakkan kepada lebih kurang 30cm di ats air lalu sedut wap air tersebut. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.
Sapu muka dengan tuala(yang dituam dengan air panas)
Panaskan air sehingga mendidih. Tunggu air sedikit suam dan celupkan tuala ke dalam air serta tuamkan ke bahagian muka. Cara ini sangat membantu dalam mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata serta bahagian hidung.
Lidah Buaya
Petua hilangkan resdung seterusnya adalah menggunakan lidah buaya. Sifat antiseptik pada lidah buaya mampu merawat penyakit resdung. Cara penggunaannya adalah dengan titiskan gel lidah buaya itu pada hidung. Kebiasaanya untuk kesan yang lebih baik rebus lidah buaya dan minum air rebusan itu dengan teratur.
Limau nipis & daun pandan
Caranya penggunaannya adalah:
- Sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan
- Hiris halus-halus daun pandan dan perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak (pisahkan bijinya)
- Campurkan air perasan limau dengan daun pandan
- Ramas daun pandan tersebut sehingga menjadi kehijauan
- Tapis beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan serta tapis sehingga tinggal air saja
- Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda (elakkan dari terkena mata atau bibir)
- Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi
- Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik
- Cuci wajah anda dengan air biasa
Kunyit / Halia
Sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan ada pada kunyit dan apabila di gabung dengan halia yang dibancuh dengan teh akan membantu mencairakn mukus pada hidung anda. Malah ia juga mampu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Di samping itu, kelebihan halia juga mampu membuatkan perut anda selesa.
Cuka Epal dan Madu
Petua hilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.