“Bang Ohh Bang…Lapar…”

Sumber Rujukan : Mohd Shafiq

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. Namun, pada tahun 2017 ini masih adakah golongan miskin tegar di Malaysia ini?

Perkongsian Mohd Syafiq di laman facebook menunjukkan yang masih ada segelintir masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya dari pihak yang berkuasa.

Tengah makan tiba-tiba terdengar suara dari belakang “bangg owhh bang” aku tanya lah yaa kenapa ? Diorang jawab ada duit kah ? Lapar … Jadi aku cakap la kalau begitu mari lah duduk sini sekali makan sama-sama sambil tarik kerusi sebelah suruh duduk. Umur diorang berdua dalam 8 atau 9 tahun sebab di tanya mereka pon tidak tahu umur mereka.

Aku tanya siapa nama diorang. Seorang namanya Melvin duduk sebelah aku yang seorang namanya Tutu. Ditanya nama betul macam tidak tahu macam malu jadi aku abaikan saja lah.

Aku panggil pekerja tu untuk ambil order mereka. Aku tanya mahu makan apa Melvin kata ayam . Jadi aku suruh pekerja tu order nasi ayam 2. Minumm ??? Mahu milo ais. Suruh lagi order milo ais 2.

Tanya mana yang lain kamu saja kah tinggal ? Melvin cakap ada abangnya disanaaaaaaa cari smpah. Mama meninggal sudah. Bapa di kk sudah tinggal kami masa kami tengah tido bila aku bangun tengok bapa aku tiada aku menangis. Aku tanya jadi macam mana lah kamu makan selalu? Kami selalu cari makanan di smpah lah. Kami makan keropok-keropok, mkan kfc bekas-bekas orang makan lah selalu.

Aku cakap nanti kalau kamu pergi cari sampah kamu cari tin atau besi, kamu kumpul banyak-banyak lepas tu kamu jual nnti tidak lah kamu makan makanan yang ada di smpah sudah boleh beli di kedai makanan yang bersih. Aku tanya lagi besar nanti mahu kerja apa? Mahu kerja bangnan sebab bapa kami ada ajar dulu aku pandai paitung simen pandai mengecat abang aku pun sama tapi dia pandai tukang kayu juga lah.

Terus Melvin tunjuk seliparnya sebelah lain. Dia cakap dulu aku tiada selipar ini pun aku jmpa di sampah, masa aku tiada selipar tiada orang mahu kawan aku tpi sekarang ada lah walaupun selipar sebelah lain. Mahu ketawa pun ada. Sedih pun ada. Lepas tu dia buka baju kasi tengok tali pinggang ini pun aku dapat dari sampah juga lah ini (lambang polis tali pinggangnya) yang khas di pakai masa kokum unifrom budak sekolah. Bila tengok Melvin makan gelojoh sangattt suruh slow-slow pun masih juga nampak sangat kelaparannya tu.

Siapa pun, macam manapun rupa, apa bangsa sekalipun sekiranya kita boleh membantu orang lain kita bantulah sebaik yang mungkin. Dalam rezeki kita pasti ada rezki orang lain dan hari ini aku anggap ini rezki diorang sebab Allah pilih aku untuk diorang datang minta tolong dan Alhamdulillah ada kelebihan dapat ajak sekali dan bercerita kisah hidup diorang.

Hidup kita juga tidak sentiasanya senang mngkin hari ini kita rasa selesa dan rasa senang siapa tahu suatu hari nnti kita di beri ujian. Jadi hidup ini jangan sombong dan jangan kedekut sebab dalam ISLAM kita diajar untuk bersedekah dan banyak cara untuk kita bersedekah dan hari ini cara yang aku buat adalah sedekah ajak mkan sekali. Aku kenyang diorang pun kenyang. Aku happy tengok diorang makan diorang tentu happy sebab dapat makan. Dan aku selalu ingat sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat pada orang lain jadi sekiranya ada kmampuan tidak salah untuk membantu org lain.

Dan ingat juga Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima. Tidak akan rugi jika kita bersedekah sebanyak mana kita bersedekah tidak akan habis rezki kita malah ia akan ditambah oleh Allah S.W.T .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat