Nak Tambah Ilmu Setiap Hari ? Ini 9 Saluran Youtube Yang Wajib Anda Subscribe !


Wabak pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah membuka jendela pendidikan baru yang tiada batasnya. Dengan kemudahan pembelajaran menggunakan internet, kini semua orang boleh belajar apa sahaja tanpa mengira masa dan tempat.

Selain menyajikan hiburan serta lagu terkini, Youtube juga menjadi platform utama bagi yang ingin belajar perkara baru. Dari bermain golf sehingga bercucuk tanam, Youtube ada segalanya.

Bagi memenuhi keinginan orang ramai dalam menimba ilmu bermanfaat setiap hari, Youtube turut menyajikan pelbagai video pendidikan yang menarik untuk semua.

Kebanyakan saluran popular ini juga menggunakan pendekatan yang serba menarik, santai serta interaktif supaya anda tidak bosan belajar ! Nak tahu lapan saluran Youtube apa yang anda wajib langgan untuk kandungan pembelajaran yang menarik ?

Ini dia senarai saluran Youtube menarik yang anda boleh ikuti untuk dapatkan ilmu setiap hari.

9 Saluran Youtube Bermanfaat Wajib Tonton

1. CrashCourse

CrashCourse Saluran Youtube

Menyajikan ilmu dengan medium animasi yang santai, CrashCourse  sudah memuatnaik lebih 1,500 episod berkaitan pelbagai topik seperti sains, falsafah, ekonomi dan sejarah. Barulah tak bosan nak belajar !

2. VSauce

saluran youtube vsauce

Berbanding kebanyakan saluran pendidikan lain, Vsauce menjawab banyak merungkai fakta mengenai alam yang kita sendiri tidak pernah fikirkan. Saluran ini mengupas pelbagai topik sains seperti Kesihatan, Geografi, Biologi dan Kimia dengan pembawaan yang santai.

3. TED

saluran youtube ted

Sebuah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar ilmu tanpa batas, Ted Talk terus menjadi sebuah platform yang popular dalam menyajikan pelbagai siri video syarahan penuh manfaat.

Syarahan bernas dari Ted Talk cukup terkenal sehingga ada pihak yang merujuk konsep dan gayanya sebagai satu format syarahan baru dalam dunia orator.

Selain potongan syarahan, saluran Youtube TED  juga memaparkan video penerangan ringkas oleh pakar dan animasi penerangan mengenai pelbagai topik.

4. AsapSCIENCE

saluran youtube asapscience

Dengan prinsip “Making Science Make Sense” AsapSCIENCE mengajar penonton pelbagai konsep saintifik dengan pembawaan yang cukup santai. Setiap topik bakal disajikan dengan ilustrasi yang ringkas bagi memudahkan pemahaman penonton.

5. Khan Academy

saluran youtube khan academy

Bagi yang lebih gemarkan pembelajaran yang lebih serius dan tersusun mengikut silibus, Khan Academy adalah channel yang paling sesuat buat anda.

Meskipun pendekatannya agak formal, videonya mudah difahami dan menjadikan pembelajaran lebih seronok ! Khan Academy yang ditubuhkan tanpa berasaskan keuntungan menawarkan video pendidikan percuma bagi membantu pelajar dalam mengulangkaji topik-topik yang dipelajari di sekolah.

6. Smarter Every Day

saluran youtube smarter every day

Diusahakan oleh jurutera Amerika Syarikat, Destin Wilson, Smarter Every Day menerangkan konsep sains dan kejuruteraan dengan pendekatan trivia untuk tarik penonton dari seluruh dunia. Sejak 2007, saluran ini telah menjadi platform bagi pembelajaran santai dan bersifat lapangan bagi ramai penggemar jutaan pelanggannya.

7. Bright Side

saluran youtube brightside

Bright Side menyaingi saluran pendidikan lain dengan menambah elemen teka-teki untuk mengajak penonton mengasah logik di samping meluaskan imaginasi.

Melalui pendekatan yang berbeza ini, saluran Bright Side bukan sahaja menawarkan maklumat informatif malah melatih otak penonton untuk berfikir di luar kotak.

8. Ajar

ajar saluran youtube

Satu-satunya saluran pendidikan Youtube tempatan yang tersenarai, Ajar menyajikan pelbagai informasi di luar buku teks melalui video menarik dalam Bahasa Melayu.

Tidak sekadar menerangkan, saluran ini turut memanfaatkan kandungan tular dan menjelaskan isu berbangkit dari sudut saintifik. Pendekatan ini nyata menjadikan Ajar mudah diterima ramai atas kandungan yang terkini mengikut trend semasa. Sokonglah produk tempatan dengan melanggan saluran Ajar !

9. Vox

saluran youtube vox

Meskipun beroperasi sebagai media, Vox yang diasaskan pada tahun 2014 ini turut tampil sebagai salah satu saluran yang menyajikan pelbagai video penerangan mengenai pelbagai topik termasuk sejarah, isu semasa dan sains.

Seperti kebanyakan saluran pendidikan lain, Vox juga menggunakan pendekatan animasi dalam beberapa videonya untuk memberikan penjelasan yang lebih menarik.

Kalau pandai cari saluran bermanfaat di Youtube, banyak maklumat berguna anda boleh dapat setiap hari. Sambil berhibur, kita dapat juga menimba ilmu menerusi pelbagai saluran  Youtube yang banyak pilihannya. Jangan lupa untuk langgan saluran-saluran menarik ini untuk pembelajaran setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat