Cerita-cerita Tentang Orang Bunian – Daily Rakyat

Cerita-cerita Tentang Orang Bunian

Sumber Rujukan : Mohd Salleh Mazukhi

Memang biasa kita dengar tentang ini, tapi sampai sekarang kita tak dapat pastikan siapakah mereka. Ada yang bertanya kepada orang tua tua tentang ini. Kata mereka orang bunian ni ada dua versi:

  1. Jenis jin
  2. Jenis manusia

Jenis jin ini kita pun dah tahu, memang alamnya berbeza dengan kita. Tapi saya tertarik dengan orang bunian jenis manusia ni. Pada zaman dahulu kala di zaman seorang Nabi, ada sekumpulan manusia yang dalam kesusahan lalu mereka menyembelih kucing dan memakannya.

Akhirnya diketahui oleh orang ramai dan mereka merasa sangat malu. Lalu mereka berjumpa dengan nabi tersebut memohon nabi tersebut memohon doa agar kaum mereka tidak dapat di lihat atau pun ghaib. Kaum inilah yang dikatakan berkembang dan beranak pinak hingga hari ini dan dipanggil orang bunian.

Di Tanah Melayu ni zaman dulu orang kita boleh meminjam pinggan mangkuk untuk kenduri dari orang bunian. Tapi kena hantar balik dalam keadaan baik. Malangnya ada orang dah buat spoil dan hantar balik dalam keadaan tidak baik lalu orang bunian pun tidak lagi memberi pinjam kepada manusia biasa.

Cerita cerita tentang orang bunian

1. Seorang cikgu saya bercerita, dulu ada seorang pak cik panjat Bukit Mertajam lalu sesat dan termasuk kampung bunian, dia di layan dengan baik. Waktu dia dihantar balik, pak cik ini diberikan beberapa ketul kunyit hidup.

Dah balik rumah pak cik ini simpan kunyit hidup itu diatas alang rumah. Setelah beberapa lama tiba tiba pak cik ini teringat semula dan tengok, alangkah terperanjatnya pak cik itu, kunyit hidup itu dah bertukar jadi emas.

2. Di Kedah khabarnya sekitar Gunung Jerai ada sebuah warung yang dibuka waktu malam. Ramai driver lori singah, Rupanya waktu siang warung itu tak wujud, hanya waktu malam. Rupanya ia adalah warung milik orang bunian.

Apek kena taji dengan bunian

3. Di hujung kebun keluarga saya di Seberang Perai orang kata ada kampung bunian. Memang rasa lain macam bila saya masuk ke kawasan itu walaupun waktu siang. Orang kampung pernah nampak 2 orang budak bermain dalam semak disitu, tapi sekelip mata saja budak tu ghaib hilang.

Pernah satu hari Apek Kong Sia pasang colok dekat kawasan itu, bila balik rumah badannya lembik terkulai sampai bini dia masukkan dalam bakul bawa ke hospital. Kata orang orang bunian tolok disitu. Jadi dia taji apek Kong Sia itu.

4. Kata orang tua-tua, biasa orang bunian ini pun ada membeli belah di pasar malam. Nampak sama saja macam kita, cuma kita tak sedar kehadiran mereka. Ada orang yang pandai kata masa kenduri kahwin anak perempuan saya pun ada beberapa orang bunian datang sama.

Bunian nak jaga anak perempuan

Dulu ada seorang bidan kampung bagi tahu saya anak perempuan saya ini orang bunian nak ambil. Tapi tak boleh sebab anak saya dah ada penjaganya. Waktu anak saya itu berusia sebulan kalau tak silap. Kami tidurkan dia dalam buaian, kami pun tertidur. Tiba-tiba anak kami dah tidur sebelah kami di atas lantai. Kami tertanya sama sendiri siapa yang angkat dia bawa turun buaian, kami tak angkat pun.

Memang banyak cerita tentang orang bunian ini di serata tempat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jadi begitulah, sampai sekarang kita tak tahu siapa mereka sebenarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat